Akhirnya,
Pembantu rumah Indonesia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku salah atas dua tuduhan mendera seorang bayi berusia empat bulan pada minggu lalu.
Beliau yang berasal dari Aceh dipenjara 15 tahun bagi tuduhan pertama dan penjara lima tahun untuk tuduhan kedua.
Mahkamah bagaimanapun memerintahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 15 Februari lalu.
Perbuatan tertuduh merupakan kesalahan serius kerana memberi kesan mendalam kepada masyarakat. Hukuman yang diberikan boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan jagaan.
Bagi pertuduhan pertama,
Yuliana yang baru sehari bekerja dengan keluarga malang itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali sehingga boleh menyebabkan kematian mangsa.
Risau jika perkara begini terjadi kepada kita.
Nak jaga kanak-kanak perlukan kesabaran yang tinggi, jangan mudah terlalu mengikut emosi dan bisikan syaitan.
Tak kisah amah ke, suami ke atau isteri.
Anak itu adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu kita jaga dan lindungi. Jika anda pula adalah Amah, adalah tanggungjawab anda untuk menjaga si anak dari majikan yang membayar gaji anda.
dah meninggal ke baby tue?
Belum lagi, tetapi tindakan beliau boleh menyebabkan kematian
20 tahun? cukup ke? kasihan bayi tu. inilah saya gusarkan bila terjadi perkara mcm ni. elakkanlah dari mengambil pembantu rumah. Jika nak juga, hmm.. pk2 lah 2 kali..
Cukup la 20 tahun untuk si amah tue. Tapi xtau la cukup memberi peringatan bagi orang lain pula kan.
Ok je nak amik pembantu rumah, mana tahu leh jadi suri rumah no-2 kan he..23x
Kenapa ramai yang persoal cukup ke tak 20 tahun tu?
Pada bro pulak, cukup x hukuman 20 tahun itu menyedarkan orang lain supaya tidak bertindak seperti itu juga dimasa hadapan.
Padan Muka! Tak berhati perut langsung.
Dah meninggal eh bro.
Disebabkan amah ni, tyka skrg jadi maid abang. Kena jaga anak dia. Risau nak ambil orang gaji sekarang.
Belum meninggal….
Wah jadi bibik ek. berapa bayarannya
bapak bagi rm20, abang bagi rm20,mama (mak mertua abg) belanja makan rm10.. rm50.. jangan tak sampai 3 jam pun.. hahaha..
sian baby tu…dibuatnye seperti anak patung…
suatu hari nnt amah tu akan mendapat balasan yg setimpal…x disini, mungkin disana…
Mungkin dia tidak dapat mengawal emosi kot.. Tengah cuba berfikiran positif kejab
hukuman tak setimpal lah…
akak tak sanggup tgk video tu.. sedih sgt!
sabor jela dengan amah ni.. hishh.. kes amah sekarang nie makin menjadi-jadi..
famili sy dh byk pengalam dgn amah indonesia. dr 10 org hny 2 yg betul2 baik, rajin dan tak buat hal..
diorang ada tekanan perasaan kot tu yg sasau tu..
assalamualaikum bro…baru padan muka die dah kena tahan semoga jgn ada org2 yg mcm ni…:)