Korek hidung sewaktu memandu.
Mungkin sesuatu aktiviti yang menjijikan, tetapi ianya satu aktiviti yang mengasyikan sekiranya tersangkut dalam kesesakan jalan raya.
Terasa satu kenikmatan sewaktu mengorek.
Tercari-cari
Bila ditemui, ditarik keluar.
Kemudian di gentil-gentil bijih tersebut menjadi bulat sebelum dijentik atau disalat pada tempat yang menjadi pilihan anda.
Maaf, jika entry kali ini agak mengelikan (meloyakan) tetapi inilah kenyataan yang dihadapi oleh sesetengah dari anda. Baik mengaku he..23x
Tetapi perbuatan ini amat membahayakan.
Mungkin tidak membahayakan pada diri anda. Mungkin membahayakan penumpang kereta anda dengan perbuatan anda tadi. Mungkin ada yang mengatakan anda adalah seorang pengotor.
Tapi lagi bahaya pada pengguna jalan raya yang lain.
Dimana mereka terpaksa menyaksikan aksi anda sambil mulut mereka ternganga. Melihat aksi anda mengorek dengan penuh nikmat lubang hidung anda.
Bila bijih dituai, semuanya buat muka menjijikan he..23x (Bro pernah jumpa orang seperti ini)
Tiba-tiba teringat satu peristiwa, sewaktu berhenti di trafik light.
Bro tengah seronok mengorek hidung (trafik light lambat sangat nak bertukar ke warna hijau). Bro terperasan, awek-awek kereta sebelah tengok aksi Bro dengan penuh kusyuk.
Tak pernah tengok orang korek hidung ke apa mereka nie.
Ke tak pernah tengok lelaki yang hensem bila mengorek hidung dengan penuh nikmat? (Maaf, Bro sudah berkahwin)
Ke mereka bayangkan sesuatu sewaktu tengok Bro tengah nikmat mengorek hidung?
Sehinggakan trafik light bertukar hijau pun mereka tak sedar. Sian, bro tengok dorang nie he..23x
Apa kata korang try korek hidung korang sambil perhatikan gelagat orang lain yang sedang menyaksikan aksi anda.
Kredit gambar buat myfirdaus.com
erk..
ayt xley blah..
nseb bek lom mkn lg arini,klu x terburai mknn yg aku mkn td..
ahaha
He..23x mana tahu muntah katak comel mampu buat orang lain jadi badang kan he..23x
Ayat mana yang paling tak boleh blah?
hahaha.. setuju sangat.. aku korek hidung dalam kete pagi tadi masa on the way nak pegi kerja.. ada sorang lelaki kereta sebelah dok pandang aku semacam je.. tak tau la sama ada dia rasa jijik dengan perbuatan aku tadi, atau dia terangsang dengan tindakan aku mengorek hidung sewaktu menunggu trafik light bertukar kaler hijau.. atau mungkin juga suatu fenomena baru dalam hidup dia, tengok orang korek hidung sambil memandu.. wakakaka..
He..23x esok mu try lagi tengok apa riaksi orang lain pula.
Eh jarang HP buat perkara sebegini ketika memandu.
Jarang? maknanya ada la tue kan he..23x ala ngaku je la
pandang kiri kanan *korek idung*
hahaha
ad kwn ak ni, tak segan silu citer dia mkn taik idung dia balik. ak tnya pe kes, dia ckp dia suka asam.. ada ke patut -_-
haha..biar betul kwn ko makan benda tu..adehh..loya tekak aq baca komen ko ni zuan…haha~
Bro xde pandang kiri kanan. Korek je sampai trafik light bertukar warna.
Wah.. tertiba bro rasa xnak makan asam dah.
sebab tu cermin kereta kene tinted. orang lain tak leh nampak apa kita buat dlm tu.. jeng jeng.. :P
He..23x Bro ok je kalau dorang nk skodeng bro tengah buat ape
hahhaaaaa..mula2 baca memang geli, pastu jadi lawak.. sengal punya citer bro nie.
yang penting lepas gentel2, jentik entah kemana pastu jari yang sama pegang stereng..siapakah yang bakal pegang stereng yang sama :)
Tang mana yang lawak tue ek dkna?
Bro memang tak bg sape2 drive kereta Bro he..23x
Pernah buat syokk wooo…
tapi kalau kantoi dgn awek adess…saham jatuh merudum :)
He..23x saham jatuh xde hal.. Walaupun nampak pengotor tapi cool beb.
yarkss! geli² je kalu terpandang org sebelah tgh asyik mengorek
Ok, jangan pandang bro he..23x
adehh…sakit perut gelak baca entri bro ni…nak korek hidung pun tgk la line clear ke tak kiri kanan..hee~
Rasanya tak perlu nak tengok kiri kanan pun. Orang kata, kalau nak rasa nikmat, dekat mana-mana pun boleh.
sumpah….
gua x akan pinjam keta bro.stering tu kompom penuh ‘sisa2 bijih’…hahaha
(^__^)
He..23x Bro x salat dengan stering la.. tisu kan ada he..23x cantik je bro susun bijih yang dilombong
kadang2 buat juga sambil memandu yela syok tu…
Yes, ada geng he..23x
euwww…selalu jugak ternampak time drive..erkk!
assalamualaikum bro….aduhh!! memang muka selamba kan kalau buat mcm tu tapi orang yg memandang pada kita tu la yg meluat…kalau nak buat juga kena cover2 kan jgn nampak org lain…:)
Korek hidung? Haha
Dulu Aiman korek hidung selamba je kat dlm kelas sampaikan budak pompuan tegur. Hilang keMACHOan ..
Aduhai bro tak larat hendak baca. Teringatkan Novel Shit yang ditulis oleh Sasterawan Negara Dato’ Shahnon Ahmad.
byk kali ternampak org2 yg buat benda ni … hooooo
lawak betul gambar yg korek hidung tuu.. hehehee…
hahaha.. selalu tengok dekat public transport. geli sangat ye… kalau kereta sendiri tak ape lah.. ni tempat orang awam.. aduhai