Sedih bila melihat puteri sulungku – Nur Elfisha tidak memandangku pagi tadi sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur (untuk mencari nafkah).
Terpapar diwajahkan kesedihan dan kesunyian tanpa ayahnya disisi.
Dasar photogenic sungguh anak ku.
Time gua ambil gambar ini, dia masih buat muka macam ini.
Tak pe fisha, seminggu sahaja daddy tiada. Insya’lah majlis Aqiqah minggu ini, daddy akan ada untuk teman Fisha.
Daddy tahu,
Minggu lepas sekejab sahaja daddy pulang menjengguk Fisha.
Bila daddy lalu depan Fisha, terus tercelik satu matanya memerhati kelibat siapakah yang lalu senyap-senyap sewaktu dia tidur. Bila nampak kelibat tersebut adalah ayahnya. Terus terbeliak kedua-dua matanya.
Malam tadi, lena fisha tidur berdekatan dengan daddy…
Jumpa lagi anak ku Nur Elfisha pada hujung minggu ini. Daddy amat merindui kamu, eh mak kamu juga he..23x (karang ada yang sentarp pula)
hehe…sentap mak je..kalau mak terasa nnt..ayah pulak yg tersentap :)
Bahaya kalau masing2 dok sentap nanti.
muka tak puas hati fisya terhadap bapanya..alolo…suka tengok mata fisya yg besar tu..
macam sedih je fisha…. ololo geram mata bulat dia ^^
macam sedih je nampak air muka fisya…
Nasib baik kecik lagi lom pandai apa2…kalau dah besar nanti tgok la..sentap hati ayah dengar anak sound…hehehehe
dia lapar kfc agaknya tu..
Heppp itu mak dia yang selalu nak KFC