Permulaan tahun 2013 agak kurang menarik.
Isteri kurang sihat, mungkin faktor kerja dan cuaca. Rasa menyesal pula semalam tak hantar dan amik dia dari kerja.
Dengan kerja yang banyak kemudian tersangkut dalam kesesakan lalu lintas akibat beberapa jalan ditutup sempena Sambutan Ambang 2013.
Sampai rumah je, badan dia panas dan termuntah-muntah. Selamat Bro dah siap masak dekat rumah. Lepas dia makan terus terlelap.
Tapi pagi tadi, panas badan dia tak kebah-kebah. Panas semacam je. Tak boleh jadi, so Bro paksa dia pergi ke Klinik berdekatan.
Fuhhhh ini pertama kali Bro temani Isteri ke Klinik.
Dalam banyak-banyak klinik, Bro fokus pada klinik keluarga. Senang, daftar terus dekat sini. Mana tahu kot-kot isteri termengandung ke apa ke. Lagi satu doktor di sini perempuan dan agak islamik. Rasanya sesuai untuk keluarga Bro.
Lepas makan ubat, lena terus dia sampai ke petang. Sian tengok keadaan dia. Esok malam Bro tak balik rumah atas urusan kerja. Selamat dia shif malam, asalkan kesihatan dia kembali pulih.
Tak sanggup nak tinggalkan isteri sorang-sorang dekat rumah.
kesian kat kak iera…
Nak tolong jaga dia ke?
Isteri sakit tentulah risau.
Tau xpe, siapa tak sayang isterikan…
baik hantar cecepat…bukan leh buat main2 demam2 nih…boleh melarat…
Gaya macam dah melarat pada suaminya
Jangan lupa makan ubat Kak Iera. Semoga cepat sembuh & dapat bawak gua jumpa FL.. ;)
Eh, gaya macam xsabar je nak junpa FL
semoga cepat sembuh…
bagus2..suami yang betul2 bertanggungjawab tu..hehehe
Siapa tak sayang isteri.
Hang kahwin nanti, baru hang tau
selalunya tanda2 nak pregnant adalah demam..
amin.. mudah2an rezeki tahun 2013 ya..
nak cepat kebah, makan sop ketam..
Tak reti nak masak sup ketam. Ke xreti siang ketam.
Petanda ek, amin
kalau dah kali pertama, mesti ada kali kedua dan kali ke seratusnya..
Yup, bro nie jenis tak suka pergi klinik or hospital
ala siannya… get well soon iera… :)
Harapnya macam tue la Deq Noor
Moga cepat sembuh kak.
dah sihat ke belum nie?
Belum lagi sihat sepenuhnya.
semoga rasa simpati dan tunjuk kasih sayang berterusan bro. bukannya setahun dua sahaja
Harapnya macam itu la kan. Kadangkala tak tunjuk pun cuma ianya hadir sendiri tanpa disedari
assalamualaikum bro…itulah tugas seorang suamikan …semoga iera cepat2 sembuh yer…:)
Semoga cepat sembuh,faktor cuaca sekarang ni pun kadang-kadang tak mengizinkan sangat
harap time muja comment ni kak iera dah sihat walafiat dah.. amiin
deno doakan isteri bro framestone cepat sihat :)
Ingat kenalah sentiasa menemani isteri ketika sakit dan sihat….faham-fahamlah,apa tersurat dan tersirat.
barulah suami mithali bos….
barulah suami mithali bos….