Jika anda merupakan blogger dari Malaysia,
Disini terdapat satu artikel yang mengambarkan beberapa perkara pelik yang terdapat dalam kalangan Blogger Malaysia.
20 Perkara Pelik Blogger Malaysia
- Mahu trafik tinggi, tetapi tidak berusaha untuk menjadikan blog mampu menjana trafik.
- Ingin blog mesra SEO, tetapi blog tidak guna template mesra SEO.
- Mahu blog dikenali ramai, tetapi tidak mempromosikannya.
- Blog menjana pendapatan lumayan, tetapi tiada produk yang dipasarkan.
- Ingin blog mempunyai ramai follower dan pengikut, tetapi dia sendiri tidak follow atau ikut blog orang lain.
- Mahu blog kelihatan menarik, tetapi tidak ambil peduli pandangan blogger lain.
- Ingin tingkatkan ranking blog dalam Alexa, tetapi tak faham apa itu Alexa Ranking.
- Blog mahu berada dalam kedudukan Google Pagerank tertinggi, tetapi tidak berusaha untuk bina backlinks berkualiti.
- Ingin jadi blogger popular, tetapi blog tidak dipopularkan.
- Mahu mendapat iklan Advertorial di blog, tetapi tidak pernah sokong atau join event yang dibuat oleh penganjur produk.
- Ingin jadi seperti Redmummy atau Ben Ashaari, tetapi tidak pernah mahu dengar nasihat dari mereka.
- Mahu berinteraksi dengan pembaca, tetapi ruang komen tidak mesra. Jika ada, tidak pernah membalas komen mereka.
- Komen mahu banyak di setiap entri, tetapi tidak pernah tinggalkan komen berkualiti di entri blog orang lain.
- Mahu blog kelihatan seperti blog profesional, tetapi tiada nilai profesional dalam menulis blog.
- Ingin blog yang cantik dan menarik, tetapi tidak mahu belajar untuk menghasilkannya sendiri.
- Mahu benda percuma tetapi tidak pernah berikan kepada orang lain secara percuma – contoh: Trafik dan Promosi.
- Tidak suka blog kena copy-paste, tetapi ada entri yang anda buat adalah entri copy-paste.
- Mahu dihormati dalam dunia blog, tetapi tidak tahu menghormati blogger lain.
- Ingin menjadi blogger Malaysia yang hebat, tetapi tiada ciri Malaysia pun dalam blog!
- Ingin menjadi blogger yang berjaya, tetapi tidak sudi untuk menjadikan blogger lain berjaya!
Gambar : Sekadar Hiasan | Kredit Artikel : 20 Perkara Pelik Blogger Malaysia
Boleh dikatakan apa yang dikongsikan oleh beliau ada benarnya. Mungkin ada beberapa perkara ada kaitan dengan Bro.
Tak sangka selama ini, Bro tak cukup pelik.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda memenuhi karteria pelik ini.
Setuju sangat tu…
Tang yang mana satu paling mu setuju ek?
semua 20 item aku setuju.. dgn pandgn bro tu..
Tu dia, ada jugak penyakit pelik yg terkena kat batang hidung sendiri
kena gi berubat nih, hehe
baru boleh jadi fofular cam bro
Bro pun nak pergi berubat juga nie
memang betul ah point2 yang diberikan ni.
betul – betul pedas nasihat bro ini, Ins Sha Allah akn diperbaiki segala kelemahan diri.
kena gunakan point2 ini utk mantapkan blog kita
bro aku sokong!Tapi yang no.13 tu memang hampeh la.kadang2 aku faham bilamana readers atau blogger bz, so drop komen pon singkat2 je.tapi bila acapkali komen yang sama ye yang diterima.. sah2 dia buat komen copypaste hoho
komen yang tipikal dan paling mudah la aku bagi contoh ‘goodluck’,’nice info”tq sharing’.Seyes pada aku, tak komen pon takde.Entah dorang baca full entry ke idak tu uhuk3 :)
blogger Malaysia memang pelik2.. diri aku sendiri ni pun kadang2 pelik jugak.. haishhh..
Hehe memang pelik. Apa boleh buat ramai sgt blogger yg nak terkenal dan kaya dengan cepat.
Nasihat yang amat berguna dan perlu diambil perhatian.. Jika mahu berjaya.
yang nombor 2 tu mcm mana..dan yang nombor 7 itu memang betullah… ajari aku…
Senarai tu memang ada pada ramai blogger ….cuma evolusi akan berubah dari masa ke semasa….
Mekasih share
Lepas dah baca semua ni, banyak lagi sebenarnya yang anis perlu belajar tentang blogging…
saya melatih diri untuk rajin memberi komen di blog orang lain, tak kisahlah Blogspot atau WordPress.
bro, time bukak blog ni skrin saya jadi blank, yang ada terpampang cuma perkataan ni..
“in /home/broframe/public_html/wp-includes/functions.php on line 316”.
dalam pelik ni banyak ilmu yg disampaikan…
pelik yg tengah baju putih tu kembar bro ke, sebijik hehehe
Ehh kita sependapat la … :)
info yg mnarik..semua terkena kt aku..ahaha
tersenarai jugak akk dlm senarai nih… hukhukhuk… kena study hard ler nampaknya cenggini…
boleh ambik iktibar dari point2 tuh…terima kasih…
wah.. terasa.. ada jugak la a few. sebab tu tak jadi macam bro lagi. Hehe. Terima kasih atas peringatan :)
tersangatlah pelik
As-Salam. Mamat baju merah tu memang pelik, orang lain dok serius, dia leh bantai senyum lak .. hahahhaa… bang iwan baju batik ..sempoi.
Oh ya, terima kasih kerana memberikan backlink!
wahahhaa… kesemua 20 point kena tepat !! tapi yang aku respect sgt kat malaysia ni, website ping aggregator .. memang terbaik !
Selalu terjadi kepada newbie masih tercari-cari identiti dan niche blog. Kalau melalui pembacaan, sudah ada niche dan startegi tersedia seawal perancangan membuka blog.
ini tyka sokong.. pernah buat entri sebegini sebelum ini…
dulu tyka pon begini, tapi banyak berubah dan muhasabah diri.
banyak sebenarnya yg perlu kita belajar
Saya sokong 500%,kadang-kadang saya pun bersikap pelik :-)
ha’ah kan… emmm….
mmg ada betulnya point2 yg diketengahkan tu…tak dpt dinafikan…
saya sokong yang NO. 10 tuh bro, hehehe, tp bro kebanyakkan event kat KL dan Selangor jer. Macam den yang dok utara aka Penang ni ada ka bro. Ker den terlepas pandang
assalamualaikum bro….terbaekkkk ni…:)
Abe setuju sgt dgn kesemua 20 perkara kat atas ni. tq bro, dprdnyaa abe blajar ssuatu
pelik tapi benar dan kenyataan. ade juga yg terkono ni, terutamanya no.13…heee
Bloger, cakap jer lebih, tapi tindakan takder.. tak puas hati sanalah , sinilah, asyik tau nak komplen jer, meracun minda rakyat.
Kena batang hidung tang nak menjana pendapatan tapi tak jual produk. Dush!