April 18, 2024

Strawberi Cinta – Jatuh Cinta Pada Gadis Jepun

Gadis Jepun memang comel dibuat isteri. Boleh buat diri jatuh cinta pada mereka.

Itu yang menarik perhatian Bro sewakti menonton Filem Strawberi Cinta arahan Ahmad Rusli Khadri yang menampilkan gandingan mantap Yana Samsudin dan Pierre Andre.

Terima kasih kepada pihak Metrowealth Pictures (MIG) kerana sudi menjemput Bro menyaksikan pratonton filem Strawberi Cinta ini.

Beberapa element Jepun diketengahkan dalam masa yang sama element Malaysia dan lokasi perlancongan diketengahkan bagi seimbangkan element2 yang terdapat didalamnya.

Sinopsis Strawberi Cinta

Strawberi Cinta yang mengisahkan tentang Ichigo Yamada (Yana Samsudin), gadis jepun berumur 25 tahun. Dalam bahasa Jepun, Ichigo bermaksud strawberi.

Beliau mengikuti pakeh perlancongan dari sebuah agensi pelancongan tempatan iaitu Strawberry Vanilla Travel 7 Tours. Hakimie (Pierre Andre) merupakan pemandu pelancong dan juga salah seorang pemilik agensi pelancongan ini.

Ichigo datang ke Malaysia untuk mengimbau kenangan ibu (wanita melayu) yang telah kahwin lari bersama bapanya. Dalam masa yang sama ingin mengenali budaya dan masyarakat di Malaysia.

Bagi menjejaki ibu kandungnya, Ichigo telah mengupah penyiasat pesendirian. Ini menyebabkan Hakimie mengesak sesuatu yang aneh tentang Ichigo berbanding dengan pelancong-pelancong yang mengikuti pakej pelancongannya.

Sehinggakan satu kejadian yang tidak diingini terjadi kepada Ichigo dan segala rahsia terbongkar.

Apakah yang terjadi kepada Ichigo? Dapatkah dia menemui ibu kandungnya semula? Bagaimanakah hubungan diantara Ichigo dan Hakimie?

Sama-sama kita saksikan dipawagam pada 6 Disember ini.

Apa komen dari Bro Framestone.

Cerita ini ada beberapa part agak meleret dengan dialog yang terlalu panjang. Dan mungkin membuat penonton berasa bosan sebelum disajikan dengan part2 yang lebih menarik.

Rasa ralat sikit bila gadis Jepun boleh cakap bahasa Melayu dengan lancar. Hilang kecomelannya.

Tiada gambaran perasaan cinta terjalin diantara Ichigo & Hakimie. Hanya bibit-bibit cemburu dan permainan perasaan antara kedua pihak.

Walaupun Yana Samsudin bukan gadis Jepun, beliau mampu membawa watak Ichigo, gadis Jepun dengan baik.

Apa-apa pun jom saksikan trailer filem Strawberi Cinta ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Strawberi Cinta – Jatuh Cinta Pada Gadis Jepun

  1. Cerita Strawberry cinta ni nampak macam best jer… Saya suka melihat karakter yang dibawan oleh Yana Samsudin dalam cerita ni… Menarik, dan comey gitu… ;)

  2. Belum tengok, tapi rasanya akak sependapat dengan bro. Drpd trailer dah tahu. Gadis Jepun boleh fasih bahasa Melayu? Well, I’ve known a few hubby’s friends. Bukan seorang dua, tapi ramaiii Japanese yang dah tinggal di Malaysia bertahun2, kahwin dengan org Melayu dan speaking Melayu everyday, tapi tak mungkin selancar seperti Ichigo Yamada. Yang mungkin fluent Bahasa Melayu ialah anak2 mereka sebab pergaulan di sekolah. Itupun, pelat Jepun masih ada. So, based on this jer, dah rasa macam tawar hati dengan filem nie. Maybe industri filem Malaysia dah patut serius dalam pembikinan filem. Setiap aspek walaupun kecil harus di ambil berat.

  3. Owh Yeke xberapa best tengok iklan tayang before layan LBS bru ni mcm comel2 n ok je.. tpi mybe nk tgok dgn bff yg suka lyn movie Jepun / Korea.. hihi

Leave a Reply to ierakan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *