Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang seperti dilaporkan baru-baru ini.
Tetapi sebaliknya mahu dua syarikat penyedia dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau agensi itu sendiri menutupnya.
Paling malang,
Ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menutup kamera AES ini tanpa arahan dari pihak berkuasa mahupun pihak kerajaan negeri.
Sensor kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) ditutup dengan plastik.
– Foto Bernama –
Bro tertarik dengan pendapat seorang kenalan di facebook.
Setiap 20km AES dipasangkan di lebuhraya.
Jika pemandu di rakam lebih dari 3 AES pada hari yg sama barulah saman dikeluarkan. Ini menunjukkan pemandu tersebut sememangnya memandu laju dan dia layak menerima saman.
Cara begini membuatkan pemandu sentiasa berhati-hati.
Bicara Bro : Bro baru temui 3 lokasi kamera AES. Tiap kali lalu, Bro memang pelahankan kereta semata-mata nak tengok flash dari kamera itu.
Nampak macam jakun.
Dan bro perhatikan pada lokasi kamera tersebut dipasang macam bukan kawasan yang berisiko tinggi untuk kemalangan.
Siapa tahukan Qada’ & Qadar Allah swt.
nasib baik bukan aku yang tutup AES nih… hehehehee
Kalau mu yang tutup, apa yang akan terjadi ek?
huh..siap berbalut balut lagi..biasa arr benda2 gini..ada yang mau ada yang tak mau..
Masalahnya siapalah yang sanggup panjat dan balut benda tue dengan plastik?
heeee.. tapi saya suka gambar dari camera AES ni. sekali keluar, macam gambar dari majalah je ^^
huu. plg xsuke saman tp kalo dah lambat kene bw laju sket.
AES akan flash bile meter naik berape bro?
Kesalahan serius dan boleh didakwa kalau ditangkap. Saya dapat merasa kena flash AES apabila menumpang kereta kawan yang sememang dipandu laju. Tiada apa yang boleh dilakukan selain memberikan pose estimewa
ada buat peace tak bro??hahahaha
assalamualaikum bro…mcm ni pun ada kan…terlampau rajin nak tutup kamera tu…hehhehe wat lawak jer siapa yg wat mcmni…;)
hemm..takyah la bawa lelaju. bawa slow ajelah. hehe
haha.. nasib baik kena tutup jer.. kalau kena bukak jual kat besi buruk kan baik..
orang xpuas hati sbb letak kawasan ntah ape2. baru naik SKVE tibe2 ada kamera. dah la time tu 70km/j. yg pndai ikut blkg Shell
sape la yg wat keje tu.. xtakut undang2
kerajaan pasang aes sebab nak kutip duit je
ada kes ada yg cat aes.. lupa di mana
kalau ditutup lebih bagus rasanya…
sebab orang dah tahu lokasi AES.. jadi mungkin mereka akan slow.. kat situ dah pembaziran membina AES..kekekeke….
macam mana plak kalau ada emergency kena bawak laju depan AES, ada pengecualian tak
Perlu ke nak letak AES?
ni kes berat ni jika didapati siapa yang buat