Berita baik buat rakan-rakan yang berminat menghasilkan filem pendek.
KPerak Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Perak telah menganjurkan sebuah pertandingan untuk menghasilkan satu video filem pendek berdurasi tidak lebih 3 minit.
Anda hanya perlu menghasilkan sebuah video pendek bertemakan elemen berkaitan negeri Perak seperti makanan tradisi negeri Perak, lokasi menarik, tokoh atau pahlawan dari negeri Perak, tempat bersejarah di Perak atau dialek Perak.
Kalau anda anak jati Negeri Perak, jangan lepaskan perluang ini. Advantage memang milik anda, malulah kalau yang menang bukan anak jati Perak.
Jangan tau “Kite Bako” atau dialog “Hantu Kak Limah Balik Rumah” je
Terdapat 2 kategori dalam pertandingan ini;
- Peringkat Kebangsaan (Terbuka kepada Semua)
- Peringkat Sekolah Menengah Negeri Perak (Terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri Perak)
Untuk maklumat lanjut daan seamsa mengenai pertandingan ini, sila ke kperak.com.my.
Best pula layan iklan KPerak untuk pertandingan ini.
hahaha.sempoi video tu..hehehe
Mu nak buat video macam tue ke?
assalamualaikum bro…selamat mencuba pada yang ingin mencuba membuat filem pendek ni…:)
w’salam…. tak teringin nak buat ke?
Nampak menarik.. Nak join, tapi tak pandai nak edit filem bagi cantik2.. ;)
Bro pun tak reti, tapi xsalah mencuba… error kan satu seni he..23x
saya tidak dilahirkan di perak..tapi dibesarkan di perak. boleh join ke tak….
boleh bro… terbuka kepada semua untuk peringkat kebangsaan..
Boleh join, tapi bagi kami yang menang.. aci x?
boleh cuba kalau nak jadi pengarah ni…hehehe
bro tengok mu, mcm ada gaya je :)
hahaha.. bro gaya mutu keunggulan ada la… gaya jadi pengarah belum ada lagi….
Nampak mcm susah je,boleh recommeded kat adik2 sy,suke amik foto and video je kerjanya
Tak salah untuk mencuba kan…
dkna rasa boni boleh join kot.. heheee
Anak-anak Perak wajib masuk.