March 28, 2024

Pasangan Pengapit – Majlis Perkahwinan Batu Pahat

Dah genap 2 minggu majlis perkahwinan bro di Batu Pahat.

Maka genap juga 2 minggu pasangan pengapit yang menjadi pengapit sewaktu majlis perkahwinan bro meletak jawatan sebagai pengapit.

Untung Bro dan juga pasangan menjadi pasangan pengantin terakhir yang di apit oleh mereka.

Selepas ini turn mereka pula untuk di apit oleh pengapit.

Terbaik,

Pandai mereka menjadi pengapit, terutama tang part tawar menawar sewaktu menempuh tol-tol yang ada disepanjang laluan untuk menemui pengantin perempuan.

Belum lagi layanan mereka di meja pengantin waktu makan beradab.

Tidak lupa juga,

Mereka bukan takat jadi pengapit, pelayan (waktu makan) bahkan jadi photographer untuk majlis perkahwinan Bro dan juga outdoor photoshoot.

Ini betul-betul pakej menarik. Tak sia-sia bro berkenalan dengan mereka.

Anda boleh mengenali pasangan ini dengan mengikuti perkembangan mereka di blog dkna.my (follow blog mereka).

 

Aksi pengantin bersilat.

Bicara Bro : Dari dunia blogging, bro kenal ramai orang yang datang dari dunia berbeza dari bro.

Kenal orang yang bukan dihasilkan dari acuan yang sama (rakan sekolah, rakan universiti) atau terpaksa menerima kewujudan mereka (rakan serumah, rakan kerja).

Unik dunia ciptaanMu dan terima kasih kerana dipermudahkan untuk aku mengenali mereka.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

40 thoughts on “Pasangan Pengapit – Majlis Perkahwinan Batu Pahat

  1. assalamualaikum bro…memang sepadan pasangan pengantin n pengapit pengantin….tahun depan turn pengapit tu pula yer…;)

  2. First time komen kat blog Bro. hehe..

    Selamat pengantin Baru ye. Semoga berbahagia sepanjang hayat. pengapit pun sama padan je nampaknya. Tumpang happy utk u olls… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *