December 12, 2024

Dalam Doaku Ada Kamu

Dalam doaku ada kamu

Mungkin kamu tidak menyedarinya.

Dan bukan niatku untuk menyembunyikannya dari pengetahuan kamu. Cuma ianya doaku, yang ikhlas dari hatiku untuk mendoakan kesejahteraan keatas kamu.

Dalam doaku ada kamu

Sejak kali pertama aku menaruh hati padamu

Berlaku bertahun-tahun dahulu, yang mungkin kamu juga tahu, kerana permulaannya bermula disitu. Hanya kau dan aku.

Dalam doaku ada kamu

Tanda terpahat dijari manismu

Waktu terbit impian aku dan kamu, Hatiku ingin memperisterikan kamu, Dimana keluargamu bersedia menerimaku.

Dalam doaku ada kamu

Mungkin tiada jodoh antara kau dan aku,

Doa dariku tidak putus untuk mu, Itu yang ku pohon diakhir solatku, bukan untuk sahaja untuk kamu, untuk insan disekelilingku, Termasuk kamu

Dalam doaku ada kamu

Dan mungkin aku masih belum tahu, Adakah kau memaafkan aku……

~ Nukilan Bro Framestone ~

Bicara Bro : Tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Hari bahagia untuk diriku, diharap tiada hati yang kecewa diatas kebahagiaanku. Jodoh ketentuan illahi, kita hanya berusaha.

Mungkin kita tiada jodoh bersama.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

27 thoughts on “Dalam Doaku Ada Kamu

  1. jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah kita hanya merancang Allah juga yang tentukan.
    Tahniah bro… semoga kekal hingga akhir hanyat.
    jangn lupe jemput ye.. :D

  2. Bro.. Semoga rumah tangga yang bakal di bina kekal hingga ke akhir hayat.. Sebagaimana kukuhnya ikatan percintaan di antara Adam dan hawa..

  3. tq bro atas jemputan..tapi jay xdapat dtglah bro..sedihnye..huhu..Jay pun skrg dalam proses..insyaallah ada kodoh,adalah jemputan.:)

  4. Bro, thank you sgt2 ats jemputannya..tp maaf bro, xdpt nk dtg sbb jauh huhu semoga bro & pasangan bahagia selamanya & sentiasa diberkati..amin ya Rabb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *