December 12, 2024

Pagi Isnin Yang Tidak Memberansangkan

Pagi isnin yang tidak memberansangkan.

Macam mana nak teransang bila kesihatan pun dah ting tong.

Sepanjang malam bro susah nak bernafas, baring macam mana, terasa macam susah sangat nak bernafas.

Demam panas datang kembali kot.

Dah la baru lepas kena inject dekat bontot (awat la yg cucuk bukan nurse or doktor perempuan) suhu badan dah cecah 39.5 darjah.

Alang-alang macam tidur tak lena.

Terus bangun, solat subuh then siap-siap nak pergi ambil bakal orang rumah di HUKM. Die kerja shift malam.

Sampai sana, lama juga menunggung. Sambil menjeling-jeling kot-kot ternampak fatin liyana. Walaupun bro tak ada la cam sangat muka dia.

Tak ada Fatin Liyana, budak lain pun ok. Comel juga, dapat cuci mata walaupun mata dah kuyu tak larat nak drive.

Masa nak patah balik ke Kelana Jaya. Jem teruk dibeberapa tempat. Selamat sempat muntah dengan lancar dalam kereta.

I hate jem…

Bicara Bro : Sepanjang jem, bro suka update report di apps My Traffic untuk pengguna Android.

Ada report yang mengatakan terdapat 3 speed trap di sekitar Melaka, dan di Pagoh terdapat road block seawal 7 pagi.

Apa kes?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

31 thoughts on “Pagi Isnin Yang Tidak Memberansangkan

  1. Bro ni demanm stylo. Demam nak naik pelamin + demam monday blues. Bro ni blogger yang ke 3 saya jumpa kena demam monday blues..ahaks.

  2. jgn marah fatin liyana ronda di wad mak tkt 4 bahagian ortopedik huhu..dah salam salam lagi..owh cantik giler adik atin..muka licin yaw!

    get well soon, bakal org umah kan cik misi..minta ubat subsidi banyak2 eh hehehe ;p

    1. Amboi… Tak kisah pun sebenarnya…. Mesra rakyat betul la die nie… boleh menang pilihan raya akan dtg…

      oh.. entah la.. badan bro macam lali dengan ubat. Sebab tue bro kurang makan ubat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *