Bagaimana dengan persiapan hari raya anda?
Pasti ramai yang dah sediakan baju raya, kuih raya, langsir raya, tiket raya mahupun plan berhari raya nanti.
Tapi sudahkan anda pastikan keselamatan untuk anda pulang berhari raya nanti.
Bagaimana dengan kenderaan anda, sudahkah ianya di service sebelum anda pulang berhari raya nanti. Tadi sempat juga bro usha kereta bro.
Sekali,
Tayar kereta dah hampir botak.
Ke memang botak dan tahap wajib tukar. Bunga pun macam ada tiada je, macam mana la selama nie bro drive. Selamat tak accident.
Mungkin sebab bro jarang drive time hujan. Kalau drive time hujan, sure masa break, tayar tidak grip dengan jalan.
Dan……. korang fikirkan la sendiri.
Maka bro pergi ke kedai tayar berdekatan untuk tukar tayar baru.
Bro sambil nak tukar tayar, sempat juga usha note-note berwarna dalam dompet. Sesambil itu mula tawar menawar dengan kedai tue.
Sampai bro dapat harga yang sesuai dengan bajet bro + berkualiti.
Selepas tukar tayar,
Bro mintak dorang betulkan alignment tayar kereta depan dan juga belakang.
Sebab bro rasa, alignment kereta bro ada prob. Lagi-lagi bila bawa dalam 100km pun dah terasa gegarannya. Belum lagi bawa 140 – 160 lagi.
Semua bro buat ini untuk keselamatan.
Safety First
Kalau nak accident juga, tak boleh nak buat apa-apa dah. Insuran perlu disediakan awal, manalah tahu kan. Jangan tersalah pilih insuran.
Ada beberapa kes, insuran tak cover.
Bicara Bro : Tahun ini, bro dah mula pening kepada untuk pulang beraya.
Rasanya malam raya bro akan pulang ke Perak. Lepas solat raya akan pulang ke KL dan raya ke-3 atau 4 akan ke Johor pula.
Ramai warga Malaysia yang memiliki kereta, tetapi tidak ramai yang pandai menjaganya. Ini fakta yang berlaku depan mata saya sendiri. Kebanyakan masalah-masalah yang dihadapi oleh kereta mereka berpunca dari kekurangan penjagaan dan kelemahan dalam menyelenggara kereta sendiri.
Tak pepasal, kopak lagi duit dekat situ.
Mungkin sudah tiba masa untuk anda belajar cara penjagaan dan selenggara kereta anda sendiri. Tetapi bagaimana? Dapatkan 50 Tips Penjagaan Kereta ini.
cptnye lepas sembhyang raya dh kene balik kl..raya apa kejap sangt tu?
Dah biasa dah macam nie.
Rasa tahun 2009 dulu lagi dasyat. Orang raya, bro pula berkerja.
Masa bertunang pun dasyat juga. Family hantar rombongan, bro pulak tengah berkerja di office
selamat hari raya
Selamat hari raya juga :)
pastikan juga poket tak botak ye bro
Tapi kebarangkalian untuk botak licin tue tinggi T-T
note2 yg berwarna tu pastikan cukup utk tukar tayar ya..hehe
Alhamdulillah,
Ianya mencukupi. Selamat ada banyak warna, kalau satu warna je, parah juga
kalau botak..memang harus tukar maa..
kalau tayar da botak..mmg kena tukar..boleh bahayakan keselamatan kita nanti kalau tak ditukar…
Bahaya memandu dengan tayar botak kerana tidak ada grip diatas jalan nanti.
alamak tak ada kereta lagi ..heheh tak pe bro nnti aku cakap dengan pemandu bas aku ..hehehe bas tranasional tu yer
hmmm.. kak mia dah tukar empat2 tayar aritu…. minggu depan nati baru nak pi hantar servis pula… hehehe…
jarang nmpk bro post gmbr kete nih..
Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
Nak cari bateri dan package service kereta pun ada…