Jumaat lepas,
Bro sempat habiskan masa bersama beberapa rakan blogger yang sudi menonton filem Hantu Gangster bersama bro di MBO, ViVa Home, Cheras.
Tayangan bermula pukul 8.45 malam.
Bro plan nak datang awal, so berbuka di kawasan berdekatan.
Sekali bro juga yang datang lambat. Sorang persorang sms dan whatapps bro. Ini bro sayang dengan korang nie. Lain kali boleh ajak join sama lagi.
Ini merupakan majlis menonton Filem Hantu Gangster bersama pengarahnya Namewee berserta barisan perlakon yang sudi hadir menonton bersama kami.
Untuk majlis ini bro dapat 20 tiket free dan bro agihkan kepada rakan blogger yang sudi hadir.
Jangan tanya kenapa bro tak ajak korang, sebab bro dah promote pasal tiket ini di facebook selama 2 hari dan dorang ini je yang sudi bagi feedback nak pergi.
Kalau korang tiada dalam list facebook bro. Sila add di facebook Bro Framestone.
Antara barisan pelakon bagi Filem Hantu Gangster.
Semua gambar ini dikreditkan buat Dkna.my
Jangan lupa pula untuk saksikan filem Hantu Gangster dipawagam berhampiran anda. Sebelum itu, jom layan trailernya dulu.
Bicara Bro : Seronok juga bila dapat spend masa dengan member blogger.
Bukan senang bro nak dapat tajaan tiket sebanyak itu. Mungkin dilain masa nanti bro akan usahakan untuk dapatkan tiket lebih.
Asalkan korang selepas itu sudi review didalam blog ek.
aduhhhh, serius jealous dan cemburu dengan rakan blogger yang berpeluang utk spent time ngan event2 bro..
btw, cite hantu gengster ni cam best je.. sama tak lawak cam dalam nasi lemak 2.0 dulu?
lagi lawak dari Nasi Lemak 2.0
Alamak.. Tak perasan pula bro ada offer tiket percuma untuk rakan-rakan blogger.. Kalau tak boleh jer join.. ;)
macam mana boleh tak perasan ek?
macam best je cerita ni
Agak best la.. Mu ada masa, g la tonton. Jangan stress2
Tens bro atas jemputan. Next time jemput lagi ;-)
Insya’lah jika dkna sudi :)
terlepas
Next time ek
bro… meriahnyerrr..
Kalau ada Nurul, pasti lagi meriah :)
hmmm… yang ni pun nampak menarik. nak download juga lah nanti… tengok kat rumah..
p/s: gangster sangat ke hantu2 nya tu…. aissshhh