May 19, 2024

Memanah Olimpik 2012 : Pemanah Wanita Indonesia Tunjuk Kehebatan

Sepanjang kejohanan Olimpik 2012 berlangsung.

Boleh dikatakan hampir kesemua acara memanah bro tidak terlepas menontonnya secara langsung di Astro ESPN HD.

Dalam banyak-banyak peserta, hanya 2 sahaja yang menarik perhatian bro iaitu pemanah dari Britain, Godfrey Larry yang bakal menentang pemanah Malaysia, Mohamad Khairul Anuar di separuh akhir.

Dan seorang pemanah wanita dari Indonesia, Rochimawati Ika Yuliana yang berada di ranking ke-76 kejohanan telah mengalahkan pemanah China yang berada di ranking ke-3 dunia semasa pusingan penyingkiran pertama.

Kemudian dipusingan penyingkiran ke-2. Beliau telah menyingkirkan pemanah dari Britian, Oliver Amy yang berada di ranking ke-37 dengan mudah.

Bro memang menyaksikan beliau tenang bila membuat panahan. Dan nampak Amy terkejut bila dipusingan terakhir, Ika mampu mengukit mata penuh untuk menyingkirkannya dari kejohanan bertaraf dunia itu.

Dan petang ini (waktu malaysia) Ika akan meneruskan aksinya menentang pemanah dari Rusia, Perova Ksenia yang berada di ranking ke-9.

Moga kejayaan mampu diraihkan oleh pemanah dari Indonesia.

Bicara Bro : Selepas selesai perkara yang bro perlu selesaikan pada bulan 11 ini.

Bro akan mula kumpul duit untuk beli alatan memanah dan akan mula memanah seperti zaman memuda dulu.

Walaupun sekarang dah tua, tapi masih ada member yang sudi join sama. Member bro zaman memanah dulu kebanyakan dah berhenti.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Memanah Olimpik 2012 : Pemanah Wanita Indonesia Tunjuk Kehebatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *