Hotel tak mesra pelanggan.
Ini yang dapat bro katakan sepanjang menginap di salah satu hotel di Bandung, Indonesia.
Selamat bro berada di sini hanya selama 2 hari 3 malam. Dan malam terakhir bro kena check out tengah malam. Ini kerana flight bro ke Medan adalah pada awal pagi.
Apa yang bro nampak “No smoking area”.
Itu bagus….
Tapi yang paling tak bagusnya…………….
No free wifi. Nak pakai kena bayar ikut jam. Tak sesuai dengan bro kaki on9 hampir setiap jam. Dan ianya hanya untuk satu device.
Sedangkan bro mempunyai 1 laptop + 2 biji handphone yang memang bro gunakan segala serentak.
Charge yang dikenakan bukan murah.
Jangan Sampai Kau Jadi Muka Depan Akhbar. Eh..!! Jangan sampai kau jadi bahan dalam blog aku. Terus tiada customer kau nanti…
Tak seronok duduk di Bandung. Wifi limited sangat, tapi banyak tempat menarik untuk beristirehat.
Rasanya, bro tak akan update blog untuk tempoh masa 2 hari.
Rabu terbang ke Medan pula. Harap disana tidak seteruk di sini.
ok dah ada dalam ban list..hehehe
Tapi hotelnya menarik.
Cuma lemah pada part itu sahaja :)
hotel dalam gambar ni ke?
Gambar sekadar hiasan sahaja :)
Bayaran dia berapa bro?Kalau harga murah rasanya ngam juga kalau wifi berbayar,tapi kalau mahal,kena komplen tu..
Rp 100k untuk 3 jam.
Line tak laju sangat
Sama cam Nurul g bangkok dulu… Wifi pun kena bayar..
berapa Nurul kena bayar ek :)
Kalau guna roaming mahu berkicap bil bulanan. :-)
Bro tak aktifkan roaming dekat sini
pergh..lamonya berada di perantauan
Nape boni?
Dah terindu-rindu ke :)
Masa saya gi bandung dulu,wifi sgt slow dan susah nak dapat lebih lagi tempat kami menginap…tu yang buat terlepas kontest gadjet impian dari DENAIHATI.
kat Sarawak ritu pon mahal bro wifi dia.. kecewa je rasa..
wifi ni dah jadi satu keperluan tp masih ada hotel yg kedekut untuk provide kan. teruk!
rasanya wifi di indonesia memang semua macam tu kot
masa kat bali pun, kalau nak internet kat bilik kena charge. itu hotel 5 stars tu
La… Ingatkan apa td… Ingatkan pelayan die x baik :)
leceh la kalau wifi pun nak kena bayar…huhu~
wifi memang satu keperluan kat mana2 hotel skrg
memang sakit jiwa bila tak dapat online