October 6, 2024

Kad Bank Tak Boleh Dibaca Time Poket Tengah Kering

Masa-masa nazak tiada wang dalam poket mahupun dompet sendiri.

Masa ini pula masalah datang menimpa satu persatu.

Dengan keadaan yang memerlukan kita rush ke sesuatu tempat atas urusan temujanji yang telah dibuat, sekali minyak kereta menampakan nyalaan kemerahan.

Selak dompet, ada lebih kurang 2-3 helai kertas berwarna biru dengan nilai yang amat kecil.

Waktu berbuka dah tak lama lagi dah nie.

Terpaksa singgah ke bank kejab dan terus menuju ke mesin ATM untuk mengeluarkan sisa-sisa simpanan masa depan.

“Transaksi gagal”

Itu yang ternyata pada skrin ATM.

Kad lain pula dimasukan, 3-4 saat kemudian, hasilnya hampa. Masih perkataan itu juga yang kelihatan. Maka masukan kad yang lain pula. Hasilnya tetap sama.

Terus ke ATM sebelahnya, sebelah sebelahnya dan sebelah sebelah sebelahnya. Hasilnya tetap sama. Rasa macam nak tumbuk je skrin ATM bagi melepas kemarahan.

Tima-tima kecemasan macam ini, duit tak boleh nak dikeluarkan. Harap duit banyak je dalam bank, tapi tak boleh dikeluarkan.

Hampa…..

Duduk dalam kereta kejab.

Tangan mengigil, sejuk. Pegang jantung kejab. Laju dengupannya. Pandangan mata mula kabur.

iPhone yang hampir jahamanan dicapai. SMS sorang persorang kata temujanji batal. 2-3 kali tekan button hantar. Tapi tetap tidak dihantar. Hentak iPhone dekat steering kereta.

Oh keras lagi rupanya.

Off on semula iPhone. SMS boleh dihantar, bertubi-tubi sms masuk. iPhone dicampak. Dada dipegang.

Ok, lelap kejab dalam kereta sambil tunggu masuknya waktu berbuka.

Dugaan…. Tekanan darah naik mendadak. Puncanya kerana kad bank tak boleh dibaca.

Perlu tukar kesemua kad bank yang ada.

Bicara Bro : Bro jenis jarang keluarkan duit dari bank menggunakan kad. Sebab segala urusan pembelian bro hanya menggunakan pembankkan dalam talian.

Cuma semalam bro amat memerlukan duit.

Duit yang selalu bro simpan bersama bro dah habis. Terpaksa keluarkan duit dalam bank.

Duit nak pergi klinik check kesihatan pun tak ada nie.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Kad Bank Tak Boleh Dibaca Time Poket Tengah Kering

  1. Aduhhh…. panik tu. Next time kan bro, cuba selitkan 2-3 keping not merah kat celah2 dashboard ke, atau celah poket dalam kereta ke. Bila kecemasan mcm nie, berguna sangat not merah tu walaupun sekeping.

  2. Dah cuba gosok2 cip tu tak,tgk cip tu pun dah tukar kaler dah he3..

    *dulu pernah jadi,lepas tu gosok2 kat seluar dan ok semula.Kalau ada pemadam gosok dgn pemadam.

  3. salam ramadhan.. 1 st time asanya nih… kalu yang cheri MB nih dah serik dah bro… macam @akhiyy cakap.. lama sangat x klua duit kot.. heee… sabar ler.. dugaan bulan posa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *