Jangka Hayat iPhone 4 Terlalu Singkat Untukku

Sejak HTC Desire S jahanam dalam gengaman bro.

Sekarang bro gunakan iPhone 4 yang dah lama bro tak gunakan.

Baru je update ke iOS terkini. Banyak pulak masalah yang bro hadapi bila menggunakan iPhone nie.

Kenkadang sms gagal dihantar, nak call orang tak dapat dan orang lain nak call bro pun tak dapat.

Nak kata line tak ok (bro pakai line celcom) line penuh je.

Kadangkala sms dah sejam dihantar baru diterima. Kadangkala dapat sms mengatakan no sekian-sekian try hubungi bro tetapi tak dapat.

Bro memang boleh bersabar,

Cuma kadangkala bro hilang juga kesabaran bila time-time emergency tak dapat nk guna tepon.

Rasa nak je buka tingkap kereta dan campak iPhone tue atas jalan bagi lori ke apa yang langgar. Tapi sayang…!!!

Kalau tanya pada kekuatan gengaman tangan bro, rasanya memang boleh jahanam iPhone nie bro gengam.

Sorry iPhone ku.

Tekanan darah kurang stabil minggu nie, mungkin bro perlu amik masa berehat. Ataupun lepak dekat hospital sehari dua he..23x

Bicara Bro : Nak angkat tepon lain, tapi masih belum jumpa yang sesuai.

Handphone yang tahan lama, boleh sms, call, facebook, twitter, instagram, buat video, GPS dan berkualiti bagus.

Rasanya dah beberapa hp jahanam dekat tangan bro tanpa baling dekat dinding atau yang seangkatan dengannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15,245,003 total views, 4,096 views today

Travel, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia. Ex-Social Media Executive dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Peniagaan. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

30 responses to “Jangka Hayat iPhone 4 Terlalu Singkat Untukku”

  1. kechixx says:

    saya setia dgn blackberry.,setakat ni mmg xpernah ada masalah.,dulu teringin jugak nk pkai ipon last last mcm nak terus setia je dgn blackberry.,mungkin tiba msnya bro beli hencet baru.,;)

  2. samdaddycool says:

    Hmmm pelik juga masalah ipon ni..

  3. Mus says:

    banyakkan berehat bro..

  4. KiD says:

    bawak bawak berehat bro… pakai samsung okay tak?

  5. Anuar says:

    Biasalah semakin canggih sesuatu teknologi, semakin tak tahan lama..

    Teringat lagi semasa menggunakan HP pertama iaitu Nokia 3310.. Bukan main tahan lagi.. Boleh guna sampai dekat 5 tahun baru jahanam..

  6. nurmisnan says:

    Grab jer Samsung S3.. mcm2 ada..

  7. nova says:

    tembamnya… mcm di pam pam bro..

  8. azman says:

    Kena tukar 4S tu he3….

  9. akhiyy says:

    ganas btul bro..haha

  10. hidayah says:

    hurrrmmmmm….
    orang banyak duit….boleh la..
    kitorang yg hidup berbajet nih..
    sayang henpon wooo…
    🙂

  11. akubiomed says:

    Kalau sebelum hancurkan iPhone boleh jual. PM dekat saya berapa hendak buka harga.

  12. […] iPhone yang hampir jahamanan dicapai. SMS sorang persorang kata temujanji batal. 2-3 kali tekan button hantar. Tapi tetap tidak dihantar. Hentak iPhone dekat steering kereta. […]

  13. Ladfe Amir says:

    angkat Samsung Galaxy S3 la… tak pun Galaxy Note.
    banyak function yg boleh dipertengahkan

  14. Ambik android pulak la bro. Takkan ada masalah takleh mesej punya..hehe

  15. ohcikgu says:

    pakai 3310 aje maa..berkesan sampai ajalnya..

  16. beliamuda says:

    Parah ni Bro kalau dengan genggam henpon pun boleh rosak.

    Tangan Bro kuat sangat ni. Kena cari henpon kebal sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge