My Hometown Short Films merupakan projek yang memaparkan 14 filem pendek dan setiap satunya meliputi 14 negeri di Malaysia.
Projek ini diarah oleh 14 pengarah filem muda dengan memfokuskan kepada kenangan kampung halaman mereka.
Setiap pengarah filem yang berasal dari negeri-negeri berbeza ini akan merekodkan pengalaman di kampung halaman mereka yang akan menghasilkan 14 filem pendek yang berbeza dari segi persekitaran sosial tetapi menjurus kepada satu objektif yang sama iaitu rasa cinta terhadap kampung halaman mereka.
Filem pendek ini akan disiarkan melalui satu saluran yang didedikasikan khas buat inisiatif ini iaitu ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos hingga 17 September 2012.
Empat belas pengarah muda yang berkarya untuk ‘My Hometown Short Films’ ialah :-
- Shamyl Othman (Selangor)
- Sharifah Armani (Kuala Lumpur)
- Rewan Ishak (Perlis)
- Adrian Lai (Melaka)
- Shanjey Kumar Perumal (Perak)
- Shuhaimi Zulkefli (Kedah)
- Nadiah Hamzah (Penang)
- Yati Kaprawi (Johor)
- Mahen Bala (Pahang)
- Nadira Ilana (Sabah)
- Uzair Sawal (Sarawak)
- Ariffin Zulkarnain (Trengganu)
- Brenda Danker (Negeri Sembilan)
- Ramdan Che Hassan (Kelantan)
My Hometown Short Films’ dikonsepkan dan diterbitkan oleh Red Films dengan Lina Tan sebagai Penerbit Eksekutif.
Anda juga boleh menjadi Pengarah untuk “Projek My Hometown” sendiri.
Anda dijemput untuk menghantar video anda sendiri dengan memfokuskan kepada betapa menarik, pelik atau lucunya kampung halaman anda dan sebab kenapa ianya sangat berkait secara peribadi kepada anda.
Video yang paling kreatif akan disiarkan melalui saluran ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012 untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Mari kongsikan kenangan anda secara kreatif dan mengenang kembali zaman kecil anda bersama-sama kami.
Anda digalakkan untuk menghantar kisah-kisah ‘My Hometown’ yang menggabungkan budaya, bahasa dan lokasi di Malaysia di dalam bentuk video (tidak melebihi 5 minit).
Video anda perlu dihantar ke Astro Broadcast Centre at Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2012 atau dimuatnaik secara talian di www.astro.com.my/myhometown.
Bicara Bro : Ada gak plan nak buat filem pendek.
Bro tak pandai nak buat sorang-sorang. Hanya berharapkan kamera iPhone 4 je.
Filem pendek beri peluang pengarah muda untuk berkarya dan merencana kreativiti mereka
rasanya blogger pun perlua merencana kreativiti masing-masing.. tak perlu meniru artikel or cara orang lain
su x de astro….rtm dan tv3 je yg su tgok