Kepada penduduk Malaysia,
Terutama di Lembah Klang yang menghidap penyakit asma, batuk, bronkitis, radang paru-paru dan penyakit lain berkaitan pernafasan atau kesemuanya sekali.
Anda dinasihatkan mengurangkan aktiviti waktu malam bagi mengelak kesan buruk menghidu udara tercemar sepanjang tempoh jerebu.
Ianya bagi mengelak mereka mengalami gangguan pernafasan lebih kerap berbanding biasa, berikutan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tidak sihat, terutama penduduk di Lembah Klang.
Gambar dari balkoni rumah Bro.
Paradigm Mall yang sekangkang kera (besar juga kera tue mengangkang) dan baru dibuka.
Masalah ini boleh berlaku apabila pesakit terbabit menghidu zarah halus tercemar akibat jerebu.
Zarah ini berukuran satu mikrometer itu boleh memasuki saluran pernafasan dan bahagian paru-paru dengan mudah, menyebabkan penyakit dialami seseorang bertambah teruk.
Keadaan akan bertambah buruk pada waktu malam kerana udara di bahagian bawah lebih sejuk, menyebabkan zarah halus yang tercemar turun ke kawasan paling rendah dengan bumi.
Berbeza pada waktu siang, udara mengandungi zarah tercemar ini bergerak ke bahagian atas bumi yang bertukar menjadi sejuk.
Saiz zarah yang halus boleh menembusi penutup hidung kerana ukurannya lebih kecil daripada liang alat keselamatan itu
Bicara Bro : Terasa macam sesak nafas la pulak 2-3 menjak ini.
Dah la duduk rumah tinggi-tinggi bertemankan asap rokok bebudak rumah. Belum lagi asap dari orang goreng telur tapi tak reti nak buka kipas bagi asap keluar.
Rasanya dah boleh agak sapa hantu durian yang makan durian sorang-sorang.
Malam tadi tengok berita dekat TV3 teruk juga jerebu dekat KL ni..
Jadi, jagalah kesihatan bro dan teman serumah.. Terutamanya hantu durian tu.. ;)
Memang teruk pun jerebu…
Nie pun tengah cuba jaga kesihatan nie..
hari ni nampak masih teruk jerebu
Hari-hari pun nampak teruk dah nie
kat kuantan ok lagi
org lain buat kita yg kena…
Nak buat macam mana kan.
Zaman sekarang nie, apa benda yang kita buat boleh buat orang lain terkena tempiasnya.
Lagi-lagi time akhir zaman nie
Memang teruk jerebu di K.L,tapi hati meronta2 nak keluar macam biasa.
Bro totap kuar, tak kuar bagaimana nak cari rezeki kan T-T
kar s.alm pon terok bro…
Sebab tue bro tak nak g shah alam…
err.. macam lama je xbersiar2 di kotaraya so miss pasal jerebu2 ni. lagi bagus kan. baik utk kesihatan. hee…
Tue la.. bro pulak dok dekat kotaraya.. tengok jerebu pun macam xde perasaan je.
last2 baru tahu negara tengah dilanda jerebu he..23x
Sebagai ketua keluarga saya paling bimbang kerana ahli keluarga ada Asma. Persedian telah dibuat dengan membeli mesin Nebulizer.
Bagus..
Nanti turunkan ilmu kepada bro ek
mmg bahaya tu bro..now jerebu dh tekena kat kota kinabalu dah..awal pagi jerebu je..
jerebu ke kabus beb
Bro duduk kat mana? Saya pun area Paradigm Mall jugak.
Apartment PKNS depan Fariz Mundur (Maju)