Hantu durian punya budak rumah.

Asal bro balik rumah,

Bukak pintu ada bau durian, tercari-cari juga guna hidung dan mata. Tapi hampa tak terjumpa pula.

Baunya ada, tetapi bendanya tiada.

Selongkar dapur, tak jumpa. Spotcheck dari bilik ke bilik, pun tak jumpa.

Pandang kucing yang duduk serumah (tapi tak pernah bayar sewa). Dia buat muka tak bersalah sambil jilat tangan sebelah kanan.

Pantang bila ada orang makan tak ajak member nie.

Teringat masa duduk rumah ini dengan housemate lain (dah merantau jauh dah) tahun 2007 – 2008. Hari-hari pesta durian.

Sebakul diratah bebudak satu rumah, siap ajak bebudak perempuan sebelah rumah (jiran) join sama. Lepas tue ta larat nak balik rumah.

Bicara Bro : Pagi tadi bro dah jumpa biji durian dalam plastik sampah.

Bila masa pula korang makan. Bukan ke bola malam tadi korang semua lepak depan tv dengan bro sekali.

Hantu punya budak rumah.

Kredit gambar : tumblr mrnamie.