Minggu lepas Astro telah melancarkan Astro On-The-Go di Double Tree Hilton, Kuala Lumpur.
Malangnya bro tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.
Bagi bro,
Astro On-The-Go memang sesuatu yang berbaloi untuk anda miliki lebih-lebih lagi kepada pengguna Astro yang sedia ada.
Dan semalam, Astro telah melancarkan applikasi terbaru Astro On-The-Go untuk iPhone.
Selepas ini, anda tiada masalah untuk menonton Astro di iPhone, iPad mahupun di laptop anda.
Dengan menggunakan Astro On-The-Go, anda tidak akan terlepas menonton saluran kegemaran anda di Astro.
Applikasi ini, anda boleh download terus di Apple App Store secara percuma.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.astro.com.my/onthego.
Bicara Bro : Semalam ada blogger tayang iPhone 4s yang beliau menang tempoh hari pada bro sambil bro usha iPhone 4 yang bro menang tahun lepas.
Masih menanti iPhone 5 yang tak tahu bila nak keluar.
Menarik ni.. Lepas ni bolehlah saya menonton rancangan kegemaran saya tanpa tertinggal.. Sebelum ni selalu terlepas jer..
Bro pun selalu terlepas..
Kadangkala rasa menyesal pulak bila dah langgan Astro tetapi tak tengok
wahhh, memang lepas ni TV terus tak laku kot :p
nak buat macam mana…
tv dekat rumah bro punya besar tiada orang nak tengok…
Cool…
wah… makin senang nak tengok astro pasni…
Perlu unlimited broadband untuk streaming kalau tidak naya. :-)
Usahkan nak pakai yg ni..kat rumah astro pun x der.. :(
Astro-on-the-go ni boleh guna kat hp samsung galaxy mini x?
alamak..utk android takde ke??huhuu