Untuk pengetahuan rakan-rakan,
Bro telah selamat tiba di Jakarta, Indonesia sempena travel trip seminggu di Indonesia bawa tajaan Air Asia.
Penerbangan bro berlepas lewat beberapa minit kerana menunggu kebenaran untuk berlepas.
Walaupun keadaan cuaca tidak beberapa baik sewaktu meninggalkan ruang udara Malaysia.
Alhamdulillah,
Dibahagian ruang udara Indonesia cuaca cerah.
Insya’lah dari masa ke semasa bro akan kongsikan travel blog bro sepanjang berada di Indonesia.
Untuk pengetahuan semua.
Bro akan berada di Jakarta sehingga ahad ini. Kemudian meneruskan perjalan ke Bandung sehingga hari selasa.
Dan lokasi terakhir bro adalah di Medan sebelum pulang ke Malaysia pada hari jumaat.
Terima kasih bro tujukan kepada Air Asia kerana sudi menaja travel blog ke Indonesia.
Malangnya,
Bro sorang sahaja blogger yang pergi. Jika tiada apa-apa masalah. Korang doakan bro boleh menjemput lain-lain blogger untuk turut sama dilain trip.
Bicara Bro : Sebenarnya bosan juga jenjalan sorang-sorang nie. Kalau la bro boleh bawa pembantu peribadi bro kan. (Itu pun kalau dia nak la kan).
Tiada sesiapa nak tolong tangkap gambar bro dan tolong buat vlog bro.
la sorang je ke??ingt kumpulan..
jangan lupe bawak ole2 bro..hehhe
Yup sorang saja T-T
ole2 tue apa?
huhu~ tercapai juga hajat bro sblm2 ni.. syabas bro. hati2 di sana. kim salam luna maya kalau terserempak dengan dia :P
Bro tak cam muka dia.
Tapi malam tadi memang ramai selebriti dan artis ada disalah satu lokasi yang bro tuju.
Malam ini pun sama. Cuma di lokasi yang berbeza.
Nak masuk kena book awal dan pakaian lebih formal :) Mana tahu dapat sorang, boleh bawa balik Malaysia
Alamak!! ahahaa.. >.<
Syukur sudah selamat touch down di Indonesia. Tentu bahan-bahan untuk dikongksikan di blog bro nanti. Jaga kesihatan dan jangan nakal-nakal. Ha..ha…
Tak boleh nak nakal-nakal di sini.
Jangan ingat tiada blogger Indonesia yang kenal bro.
Silap hari bulan… paper sini keluar dulu sebelum paper Malaysia
Kalau ke bandung jgn lupa ker Pasar Baru,buah tangan untuk family bro,murah2 tapi jangan lupa tawat harga sehabis rendah.
Insya’lah… Tak pasti singgah ke tak ke tempat tue.
Nak beli banyak-banyak pun susah. Sebab lepas tue kena flight ke Medan pula
Alhamdulillah bro dah pun selamat sampai…Enjoy you trip bro..Insyaallah kalau ada kesempatan kita pegi ramai2..yeah!!!
Pergi ramai-ramai baru best.
Tak pun bro turun Sabah. Jay jadi tourist guide bro.. ok x?
hehehe..ok je bro..yg penting jgn kene time Jay bizi sdah ler..hehehe..mmg xdpt nak jadi tourist guide nt..:)
alhamdulillah. selamat juga tiba..
He..23x gambarnya mana?
gambar2 ape tu bro??hehehe
alhamdulillah dah sampai. slmt bercuti.
Thank.. Nak cuti puas-puas di sini
hati2 bro..
Thank :)
Alhamdullillah selamat. Bestnye dpt sponsor jenjalan..
:) klu dpt kt dyh la peluang cam nih entah berapa puluh entry
Dyh buat…hihi…
Dari siap beg,brg keperluan,mkn,pemandangan, hotel..
Hugh…toilet pun ble dpt satu entry dh…hehe..
Kalu ikutkan banyak je yang bro boleh kongsikan… Tapi ini seminggu.
Banyak benda yang bro kena cover.
bro dapat pun rezeki.
jika blog ramai orang baca lagi senang dapat
Bestnya ada yang taja travel.Luar Malaysia pula tu..
rezeki.
Lepas ini, bro akan selalu travel keluar negara :)
Wah bestnya ada yang sponsor travel..
Bro, jangan lupa fridge magnet untuk gua satu. Kalau boleh yang ada gambo awek.
Dah 2 hari aku xjumpa benda tue jual dekat tepi jalan he..23x
aku baru sahaja habis Rp 30k je… pandai aku berjimat kan