Bro sempat untuk makan tengahari di salah sebuah outlet bagi Penang Village yang terletak di Great Eastern Mall, Ampang.
Bro dijemput oleh pemilik Penang Village untuk makan bersama mereka.
Sambil makan,
Bro banyak berkongsikan cerita tentang blogger dan mereka pula banyak berkongsi cerita mengenai sejarah Penang Village sehinggakan mampu mempunya cawangan mereka sendiri.
Bermula dari masakan Penang.
Mereka mula melangkah dengan beberapa jenis masakan dari Melaka dan juga masakan cina yang halal.
Di sini bro kongsikan beberapa perkara yang menarik untuk anda makan bersama keluarga di Penang Village.
Suasana Premis | Selera Tempatan | Hidangan Utama | Pencuci Mulut | Minuman | Hubungi Penang Village
Suasana Premis Penang Village
Kadaan premis yang luas dan selesa untuk makan secara besar-besaran bersama keluarga mahupun rakan sepejabat.
Mereka juga menyediakan bilik peribadi jika anda berminat untuk mengadakan “Private Event”.
Perkhidmatan yang mereka sediakan juga tidak kurang hebatnya.
Susunan dan cara mereka menyediakan juadah mampu membuat anda selesa berada di sini. Dari segi penyediaan pula, tidak mengambil masa yang panjang untuk dihidangkan kepada anda.
Dan bro perasan,
Semasa bro masuk ke premis ini. Suasana agak meriah dengan kehadiran pelanggan mereka terutama di waktu makan tengahari.
Juadah pembuka selera
Bro perkena juadah asas sebagai pembuka selera.
Ini antara juadah yang bro pilih sebagai pembuka selera. Mampukah ianya menaikkan selera anda?
~ Village Pie Tee ~
~ Crab Roe Prawn ~
~ Nyonya Pandan Chicken ~
Menu Selera Tempatan
~ Nasi Lemak set with Tamarind Prawn, Sambal Ikan Bilis & Chicken Curry Kapitan ~
~ Nasi Tomato set with Chicken lorbak, Acar awak & Chicken Curry Kapitan ~
~ Penang Seafood Sar Hor Fun ~
~ Penang Assam Laksa ~
Hidangan Utama
~ Ying – Yang two style Garoupa Fish ( Deepfried with Kerabu sauce & steamed with Assam Sauce) ~
~ Claypot Seafood Village Curry ( Promotion Signature dish) ~
~ Two Style Kailan ~
Pencuci Mulut
~ Penang Fruit Rojak ~
~ Ruby Melon Ice ~
~ Penang Rainbow Iced Kacang ~
~ Penang Durian Chendol ~
Minuman Terbaik (pilihan Bro)
~ Logan Ribena ~
~ Coconut Shake ~
2-2 merupakan air favorite Bro.
Penang Village
Great Eastern Mall
Lot 8 & 9, Level 3, Great Eastern Mall, No.303, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.Website – www.penangvillage.com.my
Untuk tempahan – +603 42571698
Atau ikuti mereka di Facebook Penang Village
wow nampak mcm menarik..kalau Jay tak salah pernah ada bukak kat 1borneo hypermall Sabah..tapi mcm dah tutup je skrg ni..
Tang tue bro xpasti la jay
adoi..
so tempting la ur pictures..
harus sampai nih..
Insya’lah ada rezeki datang la cuba makan di sini.
Tapi kena pandai pilih menu yang sesuai.
Mcam bro, memang jenis main makan je semua. Memang suka merasa
mnarik.. kalau lalu area ni, nak kena singgah try :D
Ada beberapa outlets di sekitar KL.
Nak try dekat Alamanda pun boleh
wow.. nampak menarik. suasana pun menarik
Itu yang memberi keselesaan kepada pelanggannya :)
saya mmg dari dulu suka mkn dgn family kat penang village great eastern ni.kami mmg suka tapi skrg kami terpaksa lupakan coz bila check mmg x mohon halal jakim,skrg ni kan sensitive kedai yg x ada halal jakim so we all pun risau lah.
Bro,kalau baik dgn boss kedai ni minta la dia mohon halal jakim so confident sikit nak makan.thanx…
Bro ada sembang dengan owner Penang Village mengenai isu ini.
Mereka cakap, mereka susah nak dapatkan pengesahan halal untuk premis mereka.
Ini kerana kebanyakan pihak yang mengadakan event di sini banyak melibatkan alchohol dan ianya dibawa dari luar dan bukan dari pihak premis.
menyelerakan juadahnya bro..
Memang menyelerakan.
Banyak juadah yang bro tak sentuh. Bro fokus pada juadah yang menarik perhatian dan selera bro je
Sedapnya..nice post bro! bila lah dapat pergi sana ni, Don dulu 12tahun kerja kat sana, la ni merantau kat KL pula
Ini dekat KL la Donny…
Bukan dekat Penang :)
Nampak menarik. huhu. Perlu cuba sebab makanan dari penang sedap-sedap. hehe :)
Gadis2 dari penang juga menarik..
Lagi-lagi kalau anak mami kan
sedapnye..nak3
Nak ek.
Bro ada voucher extra. RM50
Kalau nak boleh je. Tapi lepas pergi. Jangan lupa update dekat dalam blog.
Ajak memember yang lain :)
hehe..xde lah..main2 je la..sy mana la jalan jauh2 gtu,
Tak jauh mana pun.. Dekat KL juga..
Tak perlu nak berjalan. Naik kereta sudah he..23x
Sar Hor Fun tu mmg sedap…ada nyonya food jugak nampaknya..harga macam mana bro? mahal,berpatutan,murah?
Harga berpatutan. Tapi tak mahal sangat.
Mereka juga ada sediakan katering.
Makanan kat sini sedap.. nurul pernah try dekat penang village dekat taman tun..
Ada masa jom makan reramai dekat TTDI punya. Nak x?
xsilap dekat Alamanda ada kan… Pernah makan kat sana. Sedap gak.. :)
Yup, dekat Alamanda pun ada juga
pehh. tak larat aku nak makan semua nih..
Sebab itu ada orang cakap,
“kalau nak makan, jangan makan sorang-sorang. Ingatlah memember yang lain”
cantik perabot die..