Hujan lebat bermula pukul 1 tengahari menguji kesabaran bro.
Hujan yang turun bertemankan ribut petir melanda Kelana Jaya. Begitu juga dengan Ampang, Shah Alam dan Puchong (mengikut maklumat yang diberitahu oleh rakan bro di whatapps).
Pukul 3, bro ada appointment dengan klient yang berminat dengan Projek 100 Bloggers yang bro jalankan.
Seksa memandu dengan kelajuan kurang 60km/j.
Hujan terlalu lebat, jarak penglihatan agak berkurangan. Tetapi lori dan bas yang lalu sebelah seperti tidak menghiraukan kenderaan yang lalu disebelah mereka.
Akhirnya bro sampai ke tempat yang dituju dengan selamat.
Semasa balik, bro menggunakan Jalan Tun Razak untuk menuju ke Cheras. Itulah jalan yang paling dekat untuk ke sana dari lokasi bro.
Malangnya, sejam lebih bro tersekat di situ dalam jarak kurang 500m.
Time nie memang seksa, mampu menguji tahap kesabaran dan daya menahan bro.
Terjeling-jeling juga botol dekat sebelah.
Sambil jeling-jeling tue, sempat juga bro usha kiri dan kanan termasuk belakang untuk memastikan keadaan lineclear untuk meneruskan operasi mustahil bro ini.
Tetapi terpaksa juga bro batalkan apabila kiri kanan lori dan bas yang menghimpit, sure dorang akan nampak apa yang bro lakukan.
Nampaknya botol tersebut bernasib baik hari ini.
Bila sampai ke Cheras, lokasi pertama yang bro cari adalah stesen minyak.
Alhamdulillah,
Perkara paling nikmat dapat bro kecapi, apabila dapat membuang air kecil selepas 2 jam setengah menahan sepanjang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Bicara Bro : Terowong Smart ditutup sepenuhnya. Beberapa lokasi di ibu kota dinaiki air.
Bro rasa, kerajaan perlu mencari alternative terbaik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas walaupun terowong Smart ditutup.
Ke tiada sesiapa yang mampu fikirkan perkara ini sebelum projek ini di sign?
Salah satu dugaan dalam mencari rezeki :)
Biasa la tue kan.. tapi memang terseksa juga tadi.. nak je pakai getah ikat je benda tue
comel kucing tu >_<
sabar ye….. kalau sy tak tahu la nak buat apa.
kucing tue memang comel he…23x
kalau kamu…?? erm.. baik kamu fikirkan sekarang ek :)
haritu dah penah skali……..duk menahan tp bukan sbb jem….sbb tk tahu nak cari toilet kt ne…shell dah ttp…then dgn laju nye , singgah rnr.
kalau kat sabah kat mane2 pun boleh..bnyak semak samun..hahaha
kesiannya… semalam saya trap dalam banjir, nasib baik takde pape buruk yang berlaku
Lokasi di mana time tue ek
kat johor..
Tentu lega dapat qada hajat. :-)
Memang lega sesangat…
ololo tomeynyer kucing tu….hehehe
kucing tue memang tomey.. bro tomey x?
bro tomey la gak..tapi tak leh lawan kecomelan kucing tu…hehehe :P
erk..terseksa kot kalau tahan2 tu..lagi2 kalau tg jammed..lagi la kan bro…
Memang terseksa sesangat time nie
tak tahu di mana silapnya sampai boleh jadi macam tu punyer teruk..sabar bro…menguji kesabaran tu..botol mesti sentiasa standby yer bro disaat2 kecemasan botol tu mmg penting buat lelaki..hahaha
Dalam kereta bro memang ada banyak botol :)
kenapa banyak botol??kantoi..malas nak buang..hehhe
sesekali memandu perlahan akan menguji kesabaran.. tahan kencing memang tak baik.. kalau dalam jamm.. nak buat macam mana kan.. terpaksa tahan jugak..
susah juga ya… nasib boleh tahan…
huh 2 jam stngh..org ckp bhye tahan2 neyh…boleh jd batu karang..btul ke??
Rasanya harapan nak dapat batu karang tue dah ade :)
nape..bro slalu ke tahan??
laki senang bro nk masok dalam btol..kalo gegirl ni… hehe
hoho.. pernah happen the same thing. memang seksa!
Boleh x deq noor sharekan apa yang deq noor lakukan he..23x
Kalau nurul memang terseksa yang amat.. mesti sakit kepala terus..
sabor jelah..
Time tue memang bro dah sakit kepala dah.. urat2 dekat peha pun dah tegang dibuatnya…
air cond kejab on kejab off..
turun kereta je.. kaki macam cramp je