Belia akan menerima rebat RM200 untuk telefon pintar dibawah Pakej Komunikasi Belia seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2013.
Belia boleh mendaftar bermula 1 Januari 2013 melalui laman rasmi SKMM. Bagaimanapun ianya dihadkan untuk telefon pintar 3G berharga RM500 dan ke bawah sahaja.
Anda boleh baca mengenai Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia untuk maklumat lebih lanjut.
Berikut senarai telefon pintar 3G yang ditawarkan melalui rebat RM200 ini:
- Alcatel One Touch Inspire 2
- The Buzz Phone
- HTC Wildfire
- Huawei Ideos X3
- LG Optimus L3
- Ninetology Black Pearl II
- Ninetology Palette
- Nokia 2730
- Nokia 7230
- Nokia Asha 305
- Nokia Asha 308
- Nokia C2-03
- Nokia Lumia 610
- Samsung Galaxy Chat
- Samsung Galaxy Mini
- Samsung Galaxy Pocket
- Samsung Galaxy Y
- Sony Xperia Tipo
- ZTE Acqua
- ZTE V790
Ada tak mana-mana telefon pintar diatas menjadi pilihan anda. Atau ianya sekadar cukup syarat untuk menyatakan anda hanya layak menggunakan telefon pintar ini sahaja.
Bicara Bro : Dengan telefon pintar seperti diatas, Bro rasa penggunaan data mungkin dalam 300 – 500 Mb sebulan.
Hope pelan data yang akan dibekalkan kepada belia dibawah Pakej Komunikasi Belia tidak membebankan belia untuk membayar bil setiap bulan.
Bil tepon + data plan Bro suami isteri dalam RM300 – 350 setiap bulan. Ermmmmmm…..
kerajaan buat bawah rm500 supaya golongan belia membelikan sesuatu untuk nenek atau datuk mereka hik3
He..23x ada betulnya, bil semua belia yang bayar….
owh baru taw pasal ada syrat tu..hehe..bawah rm500..igt leh beli yang mahal2 td..kih9
Itu la pasal.
Rasa macam tak berbaloi je. So Rebat itu sudah ditolak dulu atau digunakan sewaktu membeli smartphone ini?
enpon murah2 je blh claim rebet ni & kalau tak silap 25 tahun kebawah & masih bujang, kan?? takde harapan la den nak merasa rebet rm200 ni.. status pun dah terang2 kena reject.
Untuk 30 tahun ke bawah.
Bro semua yang dinyatakan dalam Belanjawan sikit pun Bro xrasa he..23x xkisah pun.
Nokia Asha antara pilihan terbaik untuk bajet Smartphones
Tak minat guna Nokia…
satu pun tak menarik phone2 yg disenaraikan tu bro…..adehh…
Dengar cerita rebat ini untuk golongan belia yang tidak mampu memiliki smartphone.
Sekadar cukup syarat je nie