Pagi tadi.

Semasa bro berjalan kaki menuju kearah kereta bro.

Bro terkejut.

Memang terkejut gila juga la. Rasanya ini baru pertama kali terjadi dekat apartment bro.

Empat-empat tayar kereta dicuri.

Selalunya hanya sepasang ataupun sebelah sahaja.

Kemudian hanya menggunakan 4 biji batu bata untuk menampung berat MyVi ini. Selalunya bersusun-susun batu bata digunakan.

Memang pencuri pakar ini.

Dengar cerita. Ini kereta awek. Sure demam dia bila tengok apa yang terjadi pada kereta dia

Bicara Bro : Rasa makin tak selamat tinggal di apartment ini. Walaupun bro dah duduk sana sejak tahun 2005.

Nak cari rumah sewa yang selamat dan murah di sekitar KL. Dapat dalam RM700 pun ok (macam la boleh dapat kan :)