April 26, 2024

Review 3 Temujanji : Cintaku Umpama Puzzle, Kepingan Terakhir Milikmu?

Cintaku umpama puzzle, kepingan terakhir milikmu.

Ok, pagi ini bro nak layan jiwang sikit, bukan pasal bro nak berjiwang ke apa, tetapi bro nak kongsikan review bro mengenai filem 3 temujanji.

Filem jiwang tetapi tak jiwang.

Tiada babak tangkap leleh, bukan fantasi tetapi relaliti dalam kehidupan yang dilalui sebagai manusia normal.

Hasil sentuhan karya Hasim Rejab dengan gandingan mantap Pierre Andre dan Yana Samsudin dimana ianya merupakan filem ke-3 nya yang bergenre cinta.

Dimana filem sebelum ini Sekali Lagi (cinta antara orang normal dengan orang kurang normal) dan Papa I Love U (cinta antara ayah dengan anaknya).

Bagi bro,

2 Filem terdahulu memang terbaik dan mampu menaikkan emosi dan membuat penonton terasa seperti mereka sendiri berada di dalam cerita ini.

Bro sanggup menangis menonton filem-filem ini berbanding dengan filem Ombak Rindu. Kenapa? Sebab kebanyakan filemnya terasa dekat dengan bro.

Barisan pelakon yang menjayakan filem ini.

Meh layan review dari bro mengenai Filem 3 Temujanji,

Ia mengisahkan seorang wanita bernama Riana yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Riana, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Semuanya akibat dipengaruhi dengan apa yang terjadi kepada kedua ibubapanya.

Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Riana percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Mukhsin, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Riana. Mukhsin yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Riana untuk tiga temujanji.

Mukhsin telah menggunakan 3 temujanjinya sebaik mungkin untuk memastikan bahawa dia mampu memenuhi impian Riana dalam masa yang sama mengubah pendirian Riana mengenai cinta.

Sikap Mukhsin yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Riana gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.

Di akhir temujanji ke-3, Riana terkejut beliau ditinggalkan tanpa sepatah kata dari Mukhsin dan dari situ Riana mula belajar merasa perit berpisah selepas jatuh cinta. Akhirnya Riana sedar kebodohannya lalu mengejar Mukhsin.

Malangnya semuanya telah terlambat. Adira telah kembali kepada Mukhsin dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan.

Apa yang terjadi kepada Riana? Adakah cinta lagi antara Mukhsin dan Riana? Sama-sama kita saksikan di pawagam berdekatan anda pada 5 April ini.

Jom layan trailer untuk filem ini dari Hye Bro!

Sesi bergambar dengan pelakon utama filem 3 Temujanji

Ini merupakan temujanji entah yang keberapa dengan Cik Nurul Shiezuka.

Ops…!! Kami tiada apa-apa tau, Nurul anggap bro sebagai abang je. Bro anggap Nurul pula seperti Yana Samsudin Jr. (Ramai gila blogger yang minat dia – saja je nak bagi dorang jeles)

Bicara Bro : Bro teringat satu ketika dulu, bro pernah bagi perluang kepada ramai orang untuk mencuri hati bro hanya dengan satu temujanji. Dan mungkin tak akan bertemu lagi.

Bukan sebab bro jual mahal, tetapi bro sendiri nak cari yang terbaik buat hati ini. Buat amanah yang bro pikul didunia untuk dihitung diakhirat kelak.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

26 thoughts on “Review 3 Temujanji : Cintaku Umpama Puzzle, Kepingan Terakhir Milikmu?

    1. Gambar terakhir itu wajib masuk he..23x ke wajib tayang nie

      bagi bro memang best.. sebab kena dengan jiwa bro… bukan jiwang.. tapi jalan ceritanya

  1. insyaallah..andai dah tiba masanya seperti yang tertulis di dalam loh mahfuz Bro pastui akan menemukan hati itu..:)

  2. uhuk uhuk..terbatuk plak..insyaallah..manatahu dgn Jay kan??hahaha..hbis lah kalau ija baca komen ni..:)

  3. :)

    yo..ini lah antara entry yang membuatkan semakin rasa tak sabar nak gi date ngan my hubby..

    best tengok cerita cinta kan..?

    refresh memory sendiri..

    :)

    1. nasihat dari seseorang yang saya ambil ketika nak dirikan rumahtangga ,

      biar kita bernikah dengan pasangan yang lebih sayang dan cinta pada kita.

      perasaan kita..kita sendiri tau..

      :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *