November 11, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 18] – Orang Yang Menjana Pendapatan Dari Blog Bukan Penganggur

Terdengar desas desus dari beberapa rakan blogger yang tidak lama lagi akan menamatkan pengajiannya.

Tetapi, sebelum beliau nak tamat berlajar.

Beliau memasang niat untuk cuma mencari sedikit pendapatan melalui blog beliau.

Dan beliau ingin melakukan secara serius. Sama seperti bro, sama seperti rakan blogger yang lain. Dengan niat, nak cari duit poket dalam masa yang sama mencuba nasib dari memenuhi jadual harian dengan menghadiri interview.

Cuma niatnya telah diperkotak-katikan oleh seseorang yang bro sendiri tak tahu apa sebenarnya yang sedang dia fikirkan.

Dari bunyi-bunyinya,

Beliau menyatakan bahawa blogger yang cari makan dengan blog adalah penganggur.

Penganggur?

Apa yang dia faham dengan istilah penganggur? Boleh dia definasikan istilah tersebut kepada bro, atau kepada anda semua?

Adakah yang anda faham dengan istilah penganggur?

Penganggur = Mereka yang tiada kerja + tiada pendapatan

Tetapi,

Adakah mereka yang berkerja tetapi tiada pendapatan merupakan penganggur?

Adakah mereka yang tiada kerja tetapi ada pendapatan dinamakan penganggur (kecuali dok harap duit mak bapak)

Ataupun mereka yang mempunyai perkerjaan dan mempunyai pendapatan kita xlayak melabelkan mereka sebagai penganggur. Sedangkan nasib mereka sendiri pun mereka tidak tahu dengan jawatan dan syarikat yang mereka kerja sekarang. Bila-bila masa sahaja mereka boleh disingkirkan.

Di luar negara, ramai yang menjadi bloging sebagai perkerjaan mereka.

Dan ada juga menjadi jutawan dengan menjual laman blog mereka.

So jangan nak meletakan fikiran anda kolot sehingga menidakkan perkerjaan kami sebagai blogger :)

Bicara Bro : Walaupun dengan blog, bro masih tidak mampu memiliki pendapatan tetap.

Tetapi bro masih bersyukur kerana masih ada ramai pihak yang menghormati dan menghargai bro sebagai blogger.

Insya’lah 11 April ini bro dijemput untuk bagi talk di Kementerian Belia dan Sukan sempena Senyap 1.1, Bro nak jemput anda semua turut hadir memeriahkan acara ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

40 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 18] – Orang Yang Menjana Pendapatan Dari Blog Bukan Penganggur

  1. mungkin org ramai melihat menjadi seorang blogger dan bergantung sepenuhnya pendapatan sbg seorng blogger tidak menjamin kehidupan.kerana ianya tidak menjanjikan pendapatan yg tetap setiap bulan.apa2pun,pilihan hidup terletak pd diri kita sendiri.kita yg menentukan arah tuju hidup masa depan kita.Kalau rasa yakin dgn mnjadi seorng blogger mmpu menampung hidup,teruskan.abaikan kata2 org sekeliling yg hanya tahu melemahkan semangat kita.apa2pun,diri sendiri kena yakin terlebih dahulu untk kita meyakinkan org lain…. sekadar mmberi pndngn ain saja.
    -peace bro-

  2. isu ini adalah dalam case study aku…dalam post terbaru ni aku akan kongsikan..hehe..ada kena mengena dengan blog post ko..:D

  3. Mereka sangka, duduk di rumah, berjalan sana-sini dengan riangnya di anggap kita tiada masa hadapan. Seperti kita umpama penganggur yang tiada jadual kerja yang di tetapkan. pendek betul akal orang yang kata mcm tu.. thanks bro.. semangat2 !!!!

  4. penganggur adalah seperti yang bro tafsirkan tidak bekerja dan tidak ada pendapatan itu lah dinamakan penganggur..

  5. Setiap orang Allah dah tetapkan rezeki dia.. cuma kita kena berusaha.. Kalau kita rajin InsyaAllah lebih lah rezeki kita.. tak kira lah kita keje ape sekalipun… Pedulikan ape orang nak kata..

  6. sy berblog sbb minat.. lantak apa org kata yg penting kita ni menyumbang kpd masyarakat juga.. blogger kan penyumbang maklumat..

  7. Perghh… terbaik la bro, siap mau bagi talk, respec ngan kredebeliti bro sbg seorang blogger.

  8. Habis Diploma sumanje menganggur selama setahun lebih….

    so….
    blogging antara pilihan sumanje ketika itu….
    taklah kencang pendapatan dari google….
    banyak lagi yg su kene pelajari….
    pernah dibanned adsense 3 kali…….
    putus jugalah income 3 bulan…..
    erm……..
    tu yang nak belajar dengan bro…
    kalau sudi nak ajar…..
    su amat berharap….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *