Kenkadang Bro respek juga pada si Ben Ashaari (walaupun ada gak blogger yang tak suka dengan dia – itu hak memasing)
Dia stop gomen dan fokus pada anak dan blog.
Dia tau blog dia adalah sumber pendapatannya dan bro suka berkerjasama dengan dia.
Respon pantas, hasil kerjanya amat memuaskan dan setiap job yang bro berikan disiapkan dengan cepat dan klient amat berpuas hati.
Cuma baru-baru ini dapat komplen dari klient Bro tentang mutu seseorang yang Bro propose kepada mereka.
Rasanya tak perlu untuk Bro mention siapa dia. Lagipun ini sekadar renungan bersama. Bro pun bukannya sempurna.
Dalam kes ini, dia tidak melakukan kerja (assignment / advertorial) seperti mana yang klient inginkan (sedangkan klient sudah briefing secara direct dengannya sebelum ini).
Jika dia ada masalah, tak salah refer pada Bro atau klient itu sendiri (Jangan takut untuk bertanya – kalau malu, nanti sesat jalan).
Perkara yang ditekankan dan diperkatakan oleh klient adalah,
“Kami tak nampak dia betul-betul ikhlas dan jujur untuk selesaikan projek ini dan kami rasa kecewa dengan apa yang dia telah lakukan”
Betul kata Ben Ashaari,
Buat apa-apa kerje biar ikhlas dan memuaskan dua-dua pihak. Kita tahu ianya pintu rezeki kita walaupun ianya hanya kerja sampingan.
Jangan terlalu kejarkan duit (kerana duit adik beradik boleh berpecah belah) atau projek banyak-banyak tetapi tidak boleh deliver (ada yang tertangguh sampai berminggu-minggu – sehari dua boleh juga diterima).
Jangan ingat jadi artis / retis hidup dah senang. Bro sendiri dengar luahan dari beberapa rakan artis yang rapat dengan Bro. Mereka juga susah nak cari rezeki dalam bidang mereka sendiri. Jika ada perluang, mereka akan gunakan sebaik mungkin.
Bagaimana pula dengan kita yang biasa-biasa ini?
Bagaimanalah kita nak dapatkan rezeki yang berkat kalau jadi macam ini. Lagi-lagi nak berikan kepada anak dan isteri kita makan (Moga rezeki yang halal buat keluarga ku – Amin).
Fikir-fikirkan..
P/S – Tiada kaitan dengan kes ini.
nak beri keluarga makan kenalah dari rezeki yang halal..Kalau tak….
Yup, itulah perkara yang bro fikirkan setiap hari..
betul tu..
selain mencari rezeki, setiap perkara yg kita lakukan mestilah jujur dan ikhlas
Tetapi sejauh mana kejujuran dan keikhlasan itu?
Btul tu bro… setujuuuk… buat benda kalau ikhlas mmg akn menjadi… insyaAllah…
Tetapi berapa ramai yang buat sesuatu dengan ikhlas?
Bro kata dekat saya ker tu?.. Maafkan saya kalau saya bersalah… Insya Allah kalau ada masa lapang nanti saya terima tawaran Bro…
P/S: Bro, saya dah adjust jadual hari Jumaat.. Jadi lepas ni kalau ada Job Hari Jumaat, kemungkinan besar saya boleh Join…
Betul tu Bro..rezeki ada dimana2 saja..jgn tamak dan lupa diri jea..;)
AMin.. semoga rezeki dari berblog ini diberkati. Makin ramai dah blogger yang berjaya buat duit dengan blog – mungkin hasrat denaihati nak lihat blogger ini satu kerjaya yang dipandang tinggi akan terlaksana.
yeah terima kasih atas nasihat bro nih, aku pun kalau rasa tak sempat memang aku tak akan ambil
tak pernah merasa perkara macam ni.. tapi jika diberi peluang, akan sentiasa berlaku jujur.. fikirkan halal haram rezeki tu kalau kita tak jujur tak amanah.. wallahualam
Kalau buat satu tugasan perlu ada sifat passion barulah nampak hasilnya. Setakat ini saya enjoy dengan invitation yang diterima.
Salam.. Rezeki yang halal ada di mana-mana
duit yg kita terima menjadi darah daging untuk keluarga..seeloknya biarlah duit dari rezeki yang halal
Duit yang kita terima menjadi darah daging untuk keluarga…seeloknya biarlah duit dari rezeki yang halal
masya allah… harapnya bukan saya… saya dah cuba yang terbaik untuk puaskan hati dan melakukan tugasan… huhu…
masya allah… harapnya bukan saya… saya dah cuba yang terbaik untuk puaskan hati dan melakukan tugasan… huhu…
Allah berikan rezeki di atas tanggungjawab yang kita kerjakan…Semakin banyak tanggungjawab yang kita laksanakan semakin mencurah2 rezeki yang datang kepada kita…
Sebab itu walaupun si Ben tak ramai yang suka dia, tapi dia masih lagi boleh survive dan kencang lagi dalam dunia blogging.
hoho..siapalah orang tu yek..
assalamualaikum bro…kalau niat baik maka hasilnya baik juga..:)
rezqi Allah yang beri… walau melambak job dapat tp tanpa nawaitu yg jujur pasti job melambak tu akan lari. Setuju dgn bro. Moga rezqi yg halal buat kita dlm membentuk keluarga yang soleh/solehah
Buat kerja mana-mana pun — keje swasta, keje kerajaan, keje blogging — kalau tak ikhlas dan tak jujur,sampai bile-bile pun rezeki tak berkat. bile rezeki tak berkat, semue ras tak cukup.
ya kalau kita buat sesuatu kerja denga xjujur semua rezeki yg kita dapat xbermakna…