January 19, 2025

HTC One M9+ Berada di Pasaran Malaysia Pada Harga RM2,599 Mulai 30 April

HTC One M9 Plus Malaysia
HTC Malaysia hari ini mengumumkan model terbaru mereka yakni HTC One M9+ yang akan berada dipasaran mulai 30 April pada harga RM2,599.

Pengumuman ini telah dibuat sewaktu majlis pelancaran model terbaru dari HTC yang diadakan di Rootz Club Kuala Lumpur.

Agak mengejutkan bila diberitahu bahawa model HTC One M9+ sahaja memasuki pasaran Malaysia, dan bukannya HTC One M9 yang akan dijual secara rasmi di pasaran Singapura.

HTC One M9 Plus

Alasannya?

LTE Band 6 yang terdapat pada HTC One M9 tidak disokong di Malaysia sekali gus dilihat tidak akan membawa keuntungan kepada pihak mereka.

Bagaimanapun HTC One M9+ dijangkakan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan penggunanya di Malaysia.

HTC One M9+

Tiada banyak perbezaan ketara antara kedua model ini (HTC One M9 dan HTC One M9+). Bagaimanapun terdapat penambahbaikan pada model HTC One M9+ untuk memenuhi permintaan dikalangan pengguna di Malaysia.

HTC One M9+

Model terkini ini turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari sama ada pada button home mahupun pada skrin sesentuhnya.

Ianya hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Gunmetal Grey, Gold and Silver dan Gold and Gold. Kesemua peranti mempunyai dua tona warna yang berbeza.

Untuk kamera pula,

Kamera bahagian belakang hadir dengan 20 Megapixel dan 4 Ultrapixel pada bahagian hadapan mampu memberi lebih kualiti serta kepuasan sewaktu ber”selfie”.

Iena Eliena Model HTC One M9+

HTC One M9+ didatangkan dengan 3GB RAM dengan kapasiti muatan 32GB untuk simpanan dan boleh dipertingkatkan sehingga 2TB melalui simpanan microSD.

Harga RM2,599 adalah termasuk GST.

Bagaimanapun warna Gunmetal Grey, Gold and Silver sahaja akan berada di pasaran pada 30 April ini, Manakala warna Gold and Gold dijangkakan pada penghujung tahun ini.

Pada majlis ini juga, Pihak HTC Malaysia turut memperkenalkan HTC Desire 826 yang turut akan berada dipasaran pada 30 April ini pada harga RM1,359 (termasuk GST).

Info lanjut anda boleh layari www.htc.com/sea.

Blogger Menang HTC One M9+

Iena Eliena Menang HTC One M9+

Tuah ayam nampak dikaki,

Tuah Iena Eliena nampak bila dah terniat nak kahwin, eh terniat nak masukan HTC One M9+ dalam wishlist beliau. Ternyata beliau nampak teruja bila pertama kali mendengar dan melihat HTC One M9+.

Anda boleh baca kisah beliau di sini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “HTC One M9+ Berada di Pasaran Malaysia Pada Harga RM2,599 Mulai 30 April

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *