Ramai remaja zaman sekarang mudah diperdayakan. Terutama remaja perempuan dan masih bersekolah.
Suspek mensasarkan mereka disebabkan oleh beberapa faktor yang selalu dialami oleh remaja perempuan yang baru nak “up”.
Dan ini memudahkan lagi mereka memperdayakan mangsa lalu mempergunakan mereka untuk kepuasan diri. Tanpa disedari oleh remaja terbabit bahawa mereka telah diperdayakan.
Di sini bro nak kongsikan teknik yang mereka gunakan.
Teknik Lelaki Kasanova Memperdayakan Remaja Perempuan
1. Kenali Mangsa
Cukup la, dengan ucapan hai, assalamualaikum mahupun dengan ayat pendahuluan “tumpang tanya adik, boleh tak….”
2. Buka topik perbualan
Apa-apa benda pun boleh dibualkan.
Anak kucing beranak la, Bapak nak kahwin dengan Datin ke, semua boleh. Asalkan boleh dibualkan.
3. Lihat reaksi dan maklum balas mangsa
Perkara terpenting dalam menentukan KPI seorang kasanova adalah respon dari mangsa mereka.
Adakah mereka menerima respon positif ataupun negatif. Jika negatif, modus operandi patut ditukar ke plan B, C atau apa-apa plan yang ada.
4. Sembang benda gempak-gempak
Semua benda nak sembang gempak-gempak. Projek juta-juta la, skim pendapatan dari rumah la, berlajar tinggi-tinggi la etc
Yang si perempuan pula dok dengar dalam keadaan penuh keterujaan.
5. Akhir sekali, mangsa sudah berada dalam gengaman.
Tahniah anda telah berjaya menjadi kasanova (bagi lelaki la kan).
Bagi perempuan pula, anda telah selamat dari menjadi mangsa kepada lelaki macam ini selepas membaca blog bro. If korang jadi mangsa juga, nampak beno mesej masyarakat ini tak sampai ke hatiĀ korang.
Gambar diatas sekadar hiasan.
Diambil dari babak teater 1 Plastik Hitam yang dipentaskan di Dewan Bahasa & Pustaka dari 7-11 Disember 2011. Anda di jemput hadir.
Bicara Bro : Seronok gak layan teater ini,
Bila layan je, banyak idea datang mencurah-curang untuk dikongsikan di laman blog. Korang tunggu apa lagi. Jom la layan sama.
Selalunya macam ne la diorang mengayat yo
Ayat perlu manis…
saya pelik macam mana lelaki Negro boleh cairkan hati wanita melalui internet je…kan banyak je penipuan melalui internet oleh mereka+ keldai dadah.nak belajar ayat power diaorang la..kekeke
Oh yang tue ek… maaf ek… Panduan tue tak dapat direvealkan… sebab ada copy right..
if nak perlajari.. kena amik krusus 5 tahun di sana.. dorang memang ada sediakan sekolah khas pada mereka yang ingin berniaga kedai di Malaysia
betul2 kasanova ni
Bro baik kan…. Nak ngorat amirah leh..?? :)
Bro bercerita berdasarkan pengalaman bro jadi kasanova ek?? hehehe.. :P
eh he..23x no komen
takut eh kasanova ni huhu owh ni la cerita teater yg bro cerita tu eh huhu
Yup ini la.. tapi dalam teater nie tiada kaitan pun dengan kasanova or perdayakan budak perempuan..
Nie kes pasal lelaki berpelajaran tgi tetapi menganggur.. dengan budak perempuan yang lurus bendul tapi dok nk tegakan yang dia betul je memanjang
klass idea!!! haha
He…23x nantikan yang seterusnya
nanti aku cuba praktikkan, kalau gagal aku komen balik kat sini. :P
Kalau mu gagal… Mu kena amik kelas berbayar dengan bro.. yang nie basic je nie…
kalau saya jumpa laki mcm nie…
bagi penampar je.. heheheh :D
Jangan tampar bro
Bagus nie ! Nanti aku leh cuba . Kalau tak dapat gak awek , nampak sangat awek tu baca blog bro .
Mu try la masa g gathering Blogger Perak minggu nie…
Time nie baru tahu sape yang baca n sape yang xbaca blog bro he..23x boleh la kamu jadi penanda aras KPI blog bro
ni mcm gaya tgh turunkan skil lama bro kt readers je. hehe
Amboi… Xsalah berkongsi kan
semalam baru je berlaku kt saya.dh la depan pejabat JAIS. ade negro bertegur sapa.siap mintak nombor tepon.senang je jwab. “Sorry im getting married”. dah, mmg bru je lepas p isi borang kursus kawen kot! xsnonoh tau mereka ini..