June 27, 2025

19 Cedera, 8 Kenderaan Terlibat Dalam Kemalangan

19 cedera apabila 8 kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman bukit Mas, Seremban

Fuhh…!!

Macam blog berita la pula.

Tetapi bro tetap juga nak kongsikan.

Bukan nak kejar trafik. Cuma nak olahkan situasi kemalangan yang ada melibatkan dengan “kejar” dan juga “trafik”

Boleh pula macam tue.

Dari sumber yang bro baca.

Kemalangan terjadi kira-kira pukul 8.30 pagi selepas sebuah kereta jenis Mercedes dari arah Seremban telah merempuh sebuah lori yang datang dari arah Tampin.

Ekoran perlanggaran itu, lima buah kereta dan sebuah van turut terbabit dalam kemalangan kerana kesemua pemandu gagal memberhentikan kenderaan masing-masing akibat jarak yang dekat antara satu sama lain.

Kemalangan ini betul-betul terjadi berdekatan trafik light.

Nie kes press minyak time lampu isyarat nak masuk merah kot.

Tak pasal-pasal dah trafik jem kawasan tue, dan ramai orang terkejar-kejar nak ke tempat kerja.

Kan ada kaitan dengan “Kejar” dan juga “Trafik”

Bicara Bro : Kita sebagai pengguna jalan raya, bukan setakat menjaga keselamatan diri sahaja. Keselamatan pengguna jalan raya yang lain juga perlu diutamakan juga.

Perli Bro : Kita sebagai blogger, bukan setakat mengejar trafik blog sendiri sahaja. Keselesaan pengguna internet yang lain juga perlu diutamakan juga. Bukan semua yang online berumur 18 tahun ke atas he..23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “19 Cedera, 8 Kenderaan Terlibat Dalam Kemalangan

  1. yeahhh~
    some blogger kejar Trafik while da others people trying to catch da ‘Red Traffic’ haha.. nahh~ cmpur2 daa la plak.. hihi

    1. he…23x aktiviti kejar mengejar nie boleh buat trafik jem juga… lagi2 drive ikut lane kanan then kiri then kanan balik…

      dalam berblog juga.. dok kejar trafik.. bandwidth limit… server down tertibe… belum lagi.. blog tak boleh nk masuk.. sebab overload

    1. Bro dah suka memerli…

      Kak mas.. kalau boleh upkan trafik blog boleh.. if blog mantap n trafik stabil… ada sesuatu yang bro boleh recomended buat blog akak ek

  2. Perrghhhhh!! Ayat bro sedap laa.. Mengancam.. Banyak makna di sebalik makna.. Betul tu bro apa bro kata.. Heeeeee.. :D

  3. tu la akibat nak kejap lampu merah punya pasal..org patutnya tgk lampu kuning get ready to stop. tapi lain crita bila tgk lampu kuning get ready to stop..

    kita pengguna jalan raya ni kena la sama2 memandu secara berhemah..jgn sbb kita, org lain turut jadi mangsa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *