March 21, 2025

Jawatan Kosong – Pengawal Keselamatan Di Restoran Mamak

Jawatan kosong,

Pengawal keselamatan di setiap restoran mamak di Malaysia.

Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA), Senator Datuk Syed Ibrahim Kader, menyarankan restoran mamak dilengkapi dengan pengawal keselamatan bersenjata.

Ianya berikutan dengan kejadian rompakan di beberapa kedai mamak baru-baru ini.

Untuk tujuan itu satu mesyuarat di antara pihak polis dan pengusaha restoran terbabit akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk mencari pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

Antara cadangan yang diutarakan ialah:-

  • Kemungkinan rangkaian restoran mamak ini dipendekkan waktu operasinya bagi kawasan yang berisiko berlaku rompakan.
  • Menempatkan pengawal keselamatan bersenjata.

Menggunakan khidmat pengawal keselamatan ini adalah lebih baik manakala upahnya pun tidak seberapa berbanding risiko tinggi yang dihadapi pengusaha restoran ini jika mereka disamun.

Kronologi rompakan kedai mamak :-

  • 28 Ogos – sekumpulan lelaki merompak sebuah restoran mamak di Seksyen 15, Shah Alam dan turut melarikan barangan berharga milik pelanggan yang sedang menjamu selera.
  • Tidak sampai dua minggu selepas itu, kumpulan yang sama dipercayai merompak sebuah lagi restoran mamak di Seksyen 24 pula dan beberapa pelanggan turut menjadi mangsa.

Bicara Bro : Elok juga if kedai mamak tidak dibuka 24 jam dikawasan yang berisiko tinggi mahupun di tempat yang banyak kedai makan melayu.

Sebab confirm, semua pelangan akan dirompak oleh kedai mamak tersebut.

Kalau korang betul-betul rakyat Malaysia, jom jawab test ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Jawatan Kosong – Pengawal Keselamatan Di Restoran Mamak

  1. Hey I feel your safety is more important for you, I also think that you have been stayed for more number of months. I also wish you also get very good jobs and have a better jobs.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *