May 19, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 11] Isu Spamming Di Group Facebook

Bro sendiri tidak tahu dan ambil tahu mengenai T&C yang Mark Zuckerberg nyatakan untuk group fb.

Cuma Bro nak menyatakan mengenai isu spamming…

Bro kurang berminat nak cite pasal T&C or teknikal ke or pasal peraturan ke..

Cuma bro agak terkilan

Selama bro menjadi admin dan pengasas group Sahabat Blogger, Bro jarang tegur apa yang korang buat disana.

Masing-masing dah besar pandai. Tak kira korang ada degree mahupun SPM. Umur dah naik, masing2 dah boleh mengawan secara halal dan haram.

Tetapi jelas nak menunjukan kematangan korang bila berfikir dan bertindak.

Bro cuma nak sesetengah pihak faham kenapa kami tidak membenarkan berlakunya spamming dalam group Sahabat Blogger.

Mungkin fahaman spamming pada setiap orang berbeza.

Bagi bro.

Cukup la faham satu perkara.

Spamming mampu buat sesetengah pihak tidak selesa

Bro xmaksudkan admin ke atau orang berkepentingan di Sahabat Blogger.

Cuma pihak yang ingin bro maksudkan adalah pengguna group Sahabat Blogger.

Ianya mungkin anda, dia, mereka, diorang etc. Mungkin korang tak rasa, tetapi mereka terasa. dan mungkin mereka tidak terasa, tetapi korang terasa.

Berapa ramai blogger yang bro kenal dan tak bro kenali, keluar macam tue sahaja sebab tak selesa bila kerapnya berlakunya spamming dalam group facebook Sahabat Blogger.

Group Facebook Sahabat Blogger itu di create untuk mengeratkan hubungan dalam masa yang sama untuk anda, mereka ping blog.

Bila aktiviti spamming berluasa.

Status yang dispamming akan setiasa berada diatas…

Bagaimana pula dengan status,
– ping blog
– status blogger nak mintak pertolong/pendapat
– hebahan mengenai perkara penting
– etc

Itu sahaja yang bro hendak sesetengah orang faham,

Memang perangai setiap orang berbeza. Cuma cukup la untuk memahami perkara ini sahaja..

Kalau setakat sorang dua yang buat, mungkin pengunjung boleh tutup mata or buat2 tak tahu.. tapi kalau ramai, dan pengunjung pun terikut rentak dorang. Bagaimana pula..?

Dari sorang dua boleh jadi sepuluh dua puluh orang…

Cukup la ada 2-3 orang yang spamming berturut-turut dah mampu buat 100 orang blah dari group. 1000 orang akan fikir negatif mengenai group itu.

Bro memang dah lama bercadang nak daftarkan group ini sebagai kelab berdaftar sama seperti Geng Journal yang pernah meletup dalam arena blogger tahun 2003 dulu.

If perkara ini pun nak admin tegur, Apa gunanya ahli yang berbelas ribu..

Kesedaran perlu ada. Tak perlu kami meletak anda di tempat kami.

If dapat sebarkan pasal perkara ini. Bro amat hargai.

Bukan senang nk sekepalakan setiap orang.

Semua ada niat dan tujuan tersendiri nak join group-group yang wujud di facebook. Tetapi setiap group dicreate atas tujuan berbeza. Jangan cuba samakan

Jika ada sebarang keraguan atau nak ditanya. Boleh ditujukan kepada bro. Insya’lah bro akan jawab

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 11] Isu Spamming Di Group Facebook

  1. mungkin blogger baru ni tak tahu apa itu spam,dan tak tahu apa kesannya kepada orang lain.sbb tu mereka buat,mana yang dah tahu tapi buat gak,itu mmg kepala batulah tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *