Boleh dikatakan ramai yang tidak boleh menerima kekalahan pasukan Malaysia malam tadi yang menyebabkan niat mereka mara ke pusingan seterusnya dalam sesi kelayakan Piala Dunia 2014 lebur begitu sahaja.

Apa yang bro boleh perkatakan.

Pasukan kita belum cukup mantap dan bersedia menghadapi sandiwara peringat dunia dalam kancah bola sepak.

Kenapa perlu salahkan pemain singapura yang berlakon.

Meraka datang ke Malaysia untuk bertahan dan mempertahan mata yang telah mereka perolehi dari perlawanan sebelumnya.

5-3..??

Tiada apa yang boleh kita banggakan dengan mata yang kita perolehi.

Meraka hadir menjejaki tanah tumpahnya darah kita dengan satu kelebihan berbanding kita yang menanti keajaipan.

Banyak yang perlu kita berlajar.

Jangan salahkan pemain singapura yang di import.

Kalau mereka tiada pemain import sekali pun. Dan kita memang sekali pun.. Kita tetap akan temui pasukan yang lagi kuat.

Tiada apa-apa makna pun jika kita memang dengan Singapura.

Sorak bagi runtuh Stadium Nasional Bukit Jalil. Then memasing maki hamun Harimau Malaya sebeb tidak mampu pergi lebih jauh selepas menewaskan Singapura.

Banyak yang perlu diperbaiki untuk memantapkan pasukan kebangsaaan. Baru bertemvung beberapa ketul permain import dah melatah.

Dan tak perlu kot akhbar menekan perkataan “import”

Sebab itu menunjukan, kita belum mampu memiliki pemikiran sukan bertahap international. Takat liga kampung boleh la.

Bicara Bro : Baru beberapa ketul permain China di import, memasing dah melatah. Kalau satu team pemain China?

Confirm terkial-kial he..23x

Bro tetap sokong jatuh bangunnya Harimau Malaya. Dan tidak sesekali bro BoooooOooOo dorang macam korang, korang dan korang.