Raja Petra Kamarudin, iaitu pengendali laman web Malaysia Today menyatakan bahawa dia tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Akuan bersumpah (SD) dibuatnya pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu yang didakwa ada kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kononnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.
Raja Petra mendakwa, antara individu memberi maklumat termasuk yang bernama:-
- Nik Azmi Nik Daud
- John Pang,
- Din Merican, penulis blog
- Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin (pegawai perisik angkatan tentera)
Statement yang mampu boleh difikir oleh akal fikiran,
“Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu hutan dan saya fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah malam pukul 12 malam, saya ingat mustahil,”
Raja Petra Kamarudin
Bicara Bro : Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi
Bagi mengelakan kita sendiri menjadi berita hangat di akhbar mahupun di blog/website.
wallahualam. politik Malaysia skg bukan boleh percaya sgt
Kat mana2 pun bukan leh percaya juga :)
Setuju ayat bro.pepun, wallahua’lam.
susah betul nk tahu kebenaran sekarang. kebenaran sesuatu yang sulit untuk diketahui pd zaman sekarang. dunia akhir zaman.
kalau ikutkan percakapan yang tersusun dari Raja Petra dan dikaji ikut law..
apa yang dia katakan ada kebenarannya.
kebenaran menyatakan apa yang dia lakukan. so dari apa yang dikatakan, dia tidak boleh disaman atau dijatuhkan hukuman mengikut apa yang tidak dinyatakan.
kata orang, ayat cover… ayat jelas terang dan tidak memakan diri sendiri.
tapi bila tengok balik, macam ayat dari peguam je
betul tu bro… buat apa kontrovosi…susahkan hidup je kan… ;)
so jangan la tampo anak orang tue.. bimbing la die ke jalan yang beno kan
apa2jelah..orang politik ni..berbelit2..
Presiden Republic Chech Kantoi Curi Pen-!!!