Assalamualaikum wbt

Maaf lately bro kekurangan masa untuk mengupdate blog dan banyak cerita yang bro termiss..

Sepanjang 4 tahun bro berblog secara serius.

Jika anda perhatikan, [bagi mereka yang telah setia dengan bro selama ini walaupun kebanyakan daripada mereka hanya Silence Reader] pasti korang perasan blog bro memang bersegmen. Cuma secara tidak formal.

Dan setiap segmen yang bro buka,

Kebanyakan atas permintaan rakan-rakan blogger, facebook, twitter mahupun rakan-rakan di sekeliling bro.

Tetapi nak buat macam mana.

Ada juga yang melebelkan blog bro sebagai blog sampah. [sampah pun tetap berharga, boleh dikitar semula, boleh memberio kesedaran kepada orang lain].

So dalam tempoh setahun ini, bro sudah melebelkan berapa entry dalam segmen-segmen rasmi

  1. Bila Bro Framestone Berkata-kata – Segmen berkongsi pendapat dan pandangan dari bro untuk beberapa isu yang di utarakan. Dimana bro sendiri pernah di menjadi tetamu jemputan untuk beberapa majlis ilmu.
  2. Fitrah Manusia Bersama BroFramestone – Mengupas isu berkaitan dengan fitrah manusia yang di tetapkan olehNya yang tanpa kita sedari kita menafikan ketentuanNya.
  3. 1001 Picture – Segmen yang dipenuhi foto-foto yang menarik yang berlaku di sekeliling bro dan juga anda.
  4. Luahan Hati Seorang Blogger – Segmen baru yang memaparkan luahan rasa seorang blogger. Mungkin bro dan mungkin juga anda.
  5. Status Malam Jumaat – Berkongsi cerita yang patut sesetengah pasangan mengetahuinya beserta renungan untuk anda fikir-fikirkan sebelum mendirikan rumah tangga. [based dari pengalaman consultant bagi mereka yang berkahwin]
  6. Tazkirah Bersama BroFramestone – Berkongsi tazkirah kepada rerakan melalui blog dimana selama ini bro lebih selesa menyampaikan tazkirah dalam beberapa majlis ilmu
  7. Tip Bernas Bersama BroFramestone – Berkongsi tip dan panduan atas permintaan rakan-rakan yang sudi bertanya. Insya’lah segmen ini akan di pindahkan ke blog baru bro.

Hope dengan segmen2 yang bro kongsikan selama ini memberi manfaat kepada semua.

Dan bro ingin meminta maaf sekiranya bro tidak pernah menjejaki blog korang ataupun membalas komen yang korang tinggalkan.

Ini kerana bro sendiri tidak mempunyai masa yang mencukupi sejak berkerja sendiri [menguruskan syarikat sendiri]. Terdapat 3-4 blog bro uruskan termasuk menjadi ghost writer [berbayar] di blog-blog lain.

Anyway thank buat semua rakan-rakan yang sudi menyokong bro selama ini.