Assalamualaikum wbt
Masihkah anda teringat mengenai kejadian berdarah yang pernah berlaku dalam negara kita iaitu Peristiwa 13 Mei.
Peristiwa yang berpunca dari ideologi sesetengah parti politik yang bebas bersuara mengenai isu perkauman.
Jika diperhatikan,
Isu ini cuba dibangkitkan kembali tanpa kita sedari. Mungkinkah ada pihak yang ingin mempengaruhi pemikiran untuk menidak benarkan perpaduan yang telah lama kita bentuk.
Bro tidak mahu mempolitikan tazkirah bro.
So baik kita fokus pada tazkirah yang ingin bro sampaikan. Tajuk kita lebih kepada perkauman & ikatan.
Dalam islam,
Tidak sesekalipun menyatakan kita perlu membenci antara satu sama lain. Walaupun mereka berbeza warna, bahasa, agama, pegangan mahupun ideologi. Mereka semua berasala dari Adam A.S. Bukannya dari orang lain. Semuanya kembali kepada Adam A.S.
Kenapa perlu bermusuhan
Kenapa perlu membeza-bezakan [orang munafik sahaja suka membezakan darjat, agama etc]
Kenapa perlu membangkitkan perasaan anti yang lebih membawa keburukan daripada kebaikan [perasaan hasrat dengki PhD yang termakan hasutan syaitan secara terang-terang even mengaku mereka pemimpin islam – boleh dijamin ke masuk syurga].
Perpaduan memang telah lama dipupuk sejak azalai dan dalam islam sendiri telah diterapkan dengan sifat-sifat perpaduan.
Dulu,
Tidak sesekali pun termaktub dalam Al-Quran bahawa Madinah merupakan kota orang islam dan hanya orang islam sahaja yang berada di sana. Sedangkan mereka dari agama lain, senang berurusan dan berniaga di sana walaupun dikelilingi mereka yang beragama islam.
Mereka menghormati agama lain.
Kenapa kita pula yang tidak menghormati agama lain.
Setinggi mana agama seseorang itu [tetapi riak, dan tidak berlaku adil pada dirinya mahupun orang keliling], maka amalan mereka tidak diterima.
Maka
Bila agama dipolitikan oleh pembangkang, mereka mengatakan mereka murtad.
Bila agama dipolitikan oleh sekutu mereka, mereka senyap membisu dan mengiyakan sahaja.
ye la.. yg kita sayang, yang kita punya, mestilah nampak semuanya BETUL je padahal terang SALAH..:)
bukan xnampak terang2 kesalahan…
cuma perlihatan kita dikaburi oleh syaitan yang nawaitu mereka adalah menyesatkan kita
hormat menghormati tu perlu untuk memastikan umat manusia berada dalam keadaan aman damai
With Love,
HazzySuperb
tapi ramai yang tiada kehormatan… xkira pada orang lain mahupun pada diri sendiri
betul2 diri xde kehormatan he..23x
Mas pernah dengar pasal peristiwa 13 mei nie masa kursus. Video mengenai kejadian waktu itu telah disimpan dikawal. Terlalu dasyat peperangan kaum masa tue…
Yup…
memang dasyat pun.. sebab itu pasal perkauman xperlu dipolitikkan di negara kita..
tapi ada juga yang suka melaga-lagakan isu perkauman
ke ada yang xsedar pasal perkara ini.. siapa yang tahu kan