October 12, 2024

Bersyukur Dengan Nikmat Yang Diberikan

Iman Sazali Tok Kadi Nikah Broframestone 2

Bersyukurlah dengan nikmat yang kecil, nescaya Allah SWT akan berikan nikmat yang lebih besar.

Dari kecil keluarga mengajar Bro erti bersyukur dengan apa yang Bro miliki. Mungkin sebab itu keluarga meletakan nama Bro pada sijil kelahiran – Syukri Bin Mohammad Nor.

Syukri membawa maksud “Syukur ku”

“Kenapa Syukri je” setiap kali orang lain pelik dengan nama Bro yang ringkas.

Bro jawab la, “Mohammad dan Nor ayah sudah ambil, lagipun tulisan ayah Bro besar. Itu pasal dekat surat beranak xde ruang kosong nak tulis nama Bro pepanjang”

Sejauh mana Bro bersyukur?

Rasanya tak perlu dikongsikan, nanti jadi takbur atau riak. Cukuplah Bro sorang sahaja tahu sejauh mana Bro bersyukur dengan nikmat kurnian dariNya.

Alhamdulillah, Bro dikurniakan :-

  • Isteri
  • Keluarga
  • Pelindungan
  • Kesihatan
  • Rezeki
  • Rakan-rakan

Bagaimanapun ianya tidak mungkin akan kekal menjadi milik Bro. Bila-bila masa sahaja ianya boleh ditarik balik olehNya.

Hidup hanya sekali didunia.

Gunakan sebaik mungkin untuk jadi yang terbaik pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Blogger Switch for XTRA Road Challenge

Bicara Bro : Kita tidak mampu nak puaskan hati semua orang.

Kita dilahirkan didunia bukannya bertujuan untuk puaskan hati orang lain ataupun mengharapkan orang lain puaskan hati kita. Kita mencari keredhaan Allah SWT.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Bersyukur Dengan Nikmat Yang Diberikan

    1. Eh ye ke? Tang mana dan entry yang mana satu ek?

      Sorry if ada kesinambungan mungkin kebetulan je. Dapat idea ini pun masa chat dengan seseorang dekat fb pasal rezeki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *