You are here
Home > Pengalaman > Hijrah Menjadi Warga Bandar Puncak Alam

Hijrah Menjadi Warga Bandar Puncak Alam

Warga Puncak Alam

Alhamdulillah, secara rasminya kami sekeluarga sudah bertukar status menjadi warga Puncak Alam.

Rasa tenang je duduk sini, cuba menjauhi aura negatif dan meningkatkan aura positif dalam diri.

Dalam tempoh 2 bulan, banyak perubahan positif berlaku pada kami sekeluarga.

Untuk mengekalkan aura tersebut.

Kami cuba keluar dari zon selesa & letak cabaran baru sebagai motivasi untuk kejar satu per satu kerjayaan

Moga dipermudahkan urusan kami sekeluarga di sini.

Walaupun sudah menjadi warga Puncak Alam, Bandar Tasik Puteri tetap dihati bila hampir 6 tahun tinggal disana.

Cuma hijrah perlu dibuat, kerna untuk berjaya kita tidak boleh terlalu selesa dengan apa yang kita ada sekarang ini. Cabaran baru perlu ada, untuk memantapkan diri dari kekurangan yang sedia ada.

Kunci rumah sudah 2 minggu di terima, dalam 2 minggu ini setiap hari berulang dari Tasik Puteri ke Puncak Alam untuk memindah barang. Tak sangka dalam 6 tahun ini, barang dalam rumah sudah beranak pinak hahahaha

By the way,

Ada brader tue cakap, rumah corner lot tue owner dia nak jual RM1juta. Tapi tak pasti corner yang mana satu hahaha

Ramai Rupanya Kenalan Tinggal Di Puncak Alam

Kenalan Warga Puncak Alam

Satu ketika dahulu kami anggap Puncak Alam ini kawasan jin bertendang. Sekali sekarang ianya pesat membangun dan ramai yang memilih untuk tinggal di sini.

Baru-baru ini bertemu dengan bekas ketua kelas, Ahmad Danial Abdul Rahman sewaktu belajar di SMK Anderson Ipoh.

Last berjumpa sewaktu dia kahwin (2014), 2nd last jumpa tahun 2000 (zaman sekolah dulu).

Tak sangka, lepas jadi warga Puncak Alam, baru tahu kami dok berjiran setaman. Jalan kaki je dah sampai ke rumah dia.

Bukan dia seorang sahaja.

Bahkan masih ada kenalan sewaktu sekolah menengah & juga sekolah rendah duduk berkeluarga di sini.

Tidak lupa juga kenalan Blogger.

Ada sesiapa lagi tak yang kini / bakal jadi warga Puncak Alam. Komen sikit….!!!

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Hijrah Menjadi Warga Bandar Puncak Alam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top