Nasi Lemak Udang Butter Milk
Tak reti nak masak nasi lemak yang sedap dan menyelerakan?

Jangan risau, hari ini Bro akan berkongsi resepi & rahsia nasi lemak yang selalu Bro & Puan Isteri masak selama ini.

Lagipun, tak susah pun nak masak nasi lemak nie.

Masak nasi memang kena ikut sukatan. Cuma part sambal dia, korang kena pandai oter sampai rasa sedap dekat tekak korang / orang yang akan menjamah hidangan anda.

Jika dah pass, rasanya tiada masalah untuk masak ikut resepi Nasi Lemak Udang Butter Milk yang Bro kongsikan.

Bahan-Bahan Untuk Memasak Nasi Lemak Udang Butter Milk

Bahan Nasi Lemak Udang Butter Milk

Nasi Lemak

  • Beras 2 cawan
  • 1 cawan Anchor Culinary Cream & 2 cawan air biasa
  • Hirisan bawang & halia
  • Garam secukup rasa

Bahan Nasi Lemak Udang Butter Milk

Sambal Nasi Lemak

  • 1 gengam cili kering
  • 1 bawang besar & 2 ulas bawang putih
  • ikan bilis

Bahan Nasi Lemak Udang Butter Milk

Udang Butter Milk

  • Udang 300gm
  • Tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Anchor Butter (50gm)
  • Daun kari
  • Bawang besar & bawang putih (dicincang)
  • Cili padi
  • Anchor Culinary Cream (300-400 ml)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Nasi Lemak Udang Butter Milk

1 – Nasi Lemak : Masak 2 cawan beras bersama 2 cawan air biasa & 1 cawan Anchor Culinary Cream.

2 – Masukan hirisan bawang & 1 ulas halia (lebih kuang seinci) yang dihiris bersama sedikit garam.

(Boleh masukan daun pandan untuk menaikkan aroma nasi lemak)

3 – Sambal Nasi Lemak : Cili kering direbus, ditos dan dikisar bersama bawang besar, bawang putih.

4 – Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik aromanya. Ikan bilis yang digoreng kemudian ditumbuk halus lalu dimasukan dalam masakan. Masukan sedikit air asam jawa (boleh ganti dengan asam keping), garam & gula secukup rasa.

5 – Gaul sehingga sambal itu tadi menjadi kering.

Udang Butter Milk

6 – Udang Butter Milk : Udang yang telah dibersihkan digaul bersama telur dan tepung jagung.

7 – Goreng udang tadi sehingga masak keperangan.

8 – Cairkan butter dalam kuali, pastikan api kecil digunakan untuk mengelakkan butter tadi hangit.

9 – Kemudian, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari sehingga bawang keperangan.

10 – Masukkan Anchor Culinary Cream dan kacau sebati. Masukkan juga sedikit garam dan gula secukup rasa.

11 – Akhir sekali masukkan udang yang digoreng ke dalam kuih buttermilk dan gaul sebati sebelum ia sedia dihidangkan.

Udang Butter Milk

Rupa Udang Butter Milk yang telah siap dimasak. Nampak menyelerakan tak?

Jika mulut anda lebih kepada melayu, anda boleh masukan lebih cili padi atau daun kari untuk rasa yang lebih mengancam.

Nasi Lemak Udang Butter Milk

Mudah bukan?

Boleh tambahkan sayur (timun), telur rebus etc untuk menaikkan seri hidangan anda.

Maka siap sudah Nasi lemak Udang Butter Milk yang dimasak bersama dengan produk dari Fonterra Brands Malaysia.

Contest Like, Komen & Share Untuk Menang Dari Fonterra Brands Malaysia


Bila sebut pasal produk Fonterra Brands Malaysia, tertiba teringin nak pergi ke New Zealand, di mana terdapat kehijauan yang merata dan saya boleh menikmati susu yang segar dan berkrim untuk pertubuhan yang baik.

Untuk pengetahuan anda, Fonterra Brands Malaysia yang mempunyai pelbagai produk tenusu yang berkhasiat.

Sebab itu resepi nasi lemak yang Bro masak mengunakan Anchor Culinary Cream untuk mendapatkan nasi lemak yang lebih beraroma serta membantu pertubuhan tulang yang sihat.

Lagi satu, korang nak menang hadiah-hadiah hebat tak?

Cepat-cepat terjah facebook page Fonterra Brands Malaysia dan rebut peluang untuk memenangi Fujifilm Instax mini 8, Tefal Cookware dan FBM Products!! Cara-cara mudah saja :

  1. Like Fonterra Brands Malaysia page
  2. Like resepi Resepi Nasi Lemak Udang Butter Milk di dalam album di Fonterra Brands Malaysia page
  3. Komen nama yang paling kreatif sekali di resepi pilihan korang dan tag 3 rakan
  4. Share untuk tingkatkan peluang korang untuk menang!
  5. Tarikh tutup 11 Jun 2018 pada pukul 11.55 malam.

Mudah bukan? Jom sertainya sekarang…!!!

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter