Pelajari ‘Teknik Sebenar Menjodohkan Orang Lain’ di Matchmaking Masterclass by Lunch Actually

16,895,006 total views, 2,400 views today

Pelajari ‘Teknik Sebenar Menjodohkan Orang Lain’ di Matchmaking Masterclass by Lunch Actually

Matchmaking Masterclass by Lunch Actually
Baru-baru ini, Bro ada sertai kelas khas untuk mempelajari ‘cara betul menjodohkan orang’ di Matchmaking Masterclass by Lunch Actually.

Ianya bukan calang-calang kelas, dimana tenaga pengajarnya adalah Puan Violet Lim, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga co-founder Kumpulan Lunch Actually yang diasaskan pada tahun 2004.

Kemahiran & kepakarannya menjodohkan orang lain diiktiraf dimana beliau merupakan ‘certified matchmaker’ yang ditauliahkan oleh Matchmaking Institute New York.

Kini Lunch Actually merupakan syarikat terbesar nombor 1 di Asia yang telah membantu menguruskan lebih 90,000 temujanji dengan 85% kejayaan mempertemukan jodoh di seluruh asia.

Matchmaking Masterclass by Lunch Actually
Matchmaking Masterclass ini diadakan bertujuan memberi kefahaman yang betul tentang teknik dan cara mempertemukan jodoh serta ‘modern date’ agar dapat membantu sesiapa yang kita sayangi agar mudah bertemu jodoh.

Mungkin selama ini, kita pernah menjodohkan kawan kita dengan kawan kita yang lain. Ada yang berjaya hingga ke jinjang pelamin, dan ada juga yang menjadi ‘sejarah hitam’ dalam hidup mereka sehinggakan apa yang terjadi, anda juga yang dipersalahkan.

Melalui Matchmaking Masterclass ini, peserta diajar mengenai 7 Tips Terbaik Cara Jodohkan Orang yang anda boleh gunakan untuk menjodohkan seseorang hingga mereka ke bersatu sebagai suami isteri.

7 tip ini bersesuaian dalam mengatur temujanji dan mempertemukan jodoh yang bersesuaian dengan gaya hidup dan trend masa kini.

Siapa Sebenarnya Violet Lim & Apa Tujuan Beliau Tubuhkan Lunch Actually

Matchmaking Masterclass by Lunch ActuallyViolet Lim melihat ia sebagai satu peluang perniagaan dalam dunia yang kompetitif di mana kehidupan profesional yang sibuk dengan kerja dan kurang masa untuk bersosial.

Melalui penilaian yang dibuat pada keluarganya, teman dan rakan- sekerja yang mengadu tidak punyai masa untuk bercinta kerana jadual yang terlalu sibuk, memberi lebih kenyakinan kepada Violet.

Oleh itu, beliau mula menubuhkan sebuah syarikat mencari jodoh sendiri dipanggil Lunch Actually pada tahun 2004 bersama tunangnya, yang kini merupakan suaminya, Mr Jamie Lee.

Apa yang beliau usahakan selama ini kini membuahkan hasil.

Lunch Actually telah menjadi peneraju syarikat temujanji terbesar di Asia dan mempunyai pejabat di Singapura, Hong Kong, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Jakarta dan Bangkok

Ketika ramai masih mengharapkan temujanji atas talian (online dating) bagi membantu seseorang meluaskan lingkaran sosial mereka dengan lebih mudah.

Ia secara tidak langsung memberi ‘terlalu banyak pilihan’ hingga menyukarkan seseorang itu membuat pilihan. Dalam mencari pasangan hidup kita bukannya memandang pada kuantiti, tetapi pada kualiti.

Dengan perkhidmatan luar talian (offline) Lunch Actually membantu anda dipadankan dengan pasangan yang bersesuaian untuk temujanji pertama. Sekaligus, memudahkan ‘kerja’ anda tanpa membuang banyak masa untuk menapis pilihan yang tidak sesuai/serasi dengan anda.

Lunch Actually juga sentiasa fokus kehadapan untuk memperkembangkan perkhidmatannya lebih luas dalam pasaran di rantau ini. Oleh itu, matlamat hidup Violet adalah untuk mendapatkan 1 juta pasangan berkahwin yang bahagia melalui khidmat yang ditawarkan oleh Lunch Actually.

Untuk maklumat lanjut mengenai atau ingin mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka, anda boleh layari www.lunchactually.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *