bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning
Ramai yang tak sabar nak menyertai Blogger’s Contest – Filem Volkswagen Kuning.

Contest ini dianjurkan oleh Bro Framestone dengan kerjasamsa MIG Pictures Sdn Bhd bagi mempromosikan Filem Volkswagen Kuning yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Penyertaan hanya dibuka kepada blogger,

Hanya blogger yang menyertai contest sahaja akan dijemput hadir ke Majlis Tayangan Perdana Filem Volkswagen Kuning dan layak untuk memenangi hadiah utama.

new-oppo-web-banner-blogger-contest-volkswagen-kuning

Apa dia hadiah utama?

Pemenang utama akan membawa pulang 1x OPPO F1s. Menarik bukan?

Apa yang anda perlu buat?

Anda dikehendaki menulis satu artikle seram. Sama ada, ianya dalam bentuk fakta, cerita dari mulut ke mulut, cerita rekaan mahupun dari pengalaman sendiri/orang lain.

Mudah bukan?

Untuk menyertainya, anda dikehendaki mengisi borang INI, dan nantikan arahan selanjutnya yang akan diemailkan kepada anda.

Tarikh tutup penyertaan : 18 Sept 2016 (12.00 pm) Tempoh telah dipanjangkan atas permintaan pihak penaja.

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya

Penafian : Contest ini merupakan anjuran Bro Framestone dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn. Bhd. Selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning.