17,167,170 total views, 690 views today

Budak Tronoh Theatre Shop Turun KL Promote Teater

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Tronoh Theatre Shop - Teater Mahkamah Lorong & Teater Cinta Sang Arnab
Tak sangka bertembung dengan bebudak Tronoh Theatre Shop yang turun mempromosikan teater terbaru mereka di Auditorium Bandaraya Kuala Lumpur.

Paling menarik, mereka memakai kastum haiwan sewaktu mempromosikan kepada orang ramai yang datang ke sini untuk menyaksikan Teater Raja Ku Puteh.

Tertiba rasa macam gathering dengan rakan-rakan sezoo.

Bagi yang mengikuti facebook Bro, pasti perasan Bro selalu update status menyatakan bahawa Bro adalah Panda.

Kali ini, bertembung pula dengan si Rimau Bintang, Lembu dan Zirafah.

Paling tak boleh blah, ada cerita disebalik pertemuan kami disini. Bila salah seorang dari haiwan-haiwan ini menegur Bro.

“Eh, ini Bro Framestone kan?” kata si lembu.

“Eh, awak salah orang nie, saya Panda. Panda yang comel sangat” balas Bro yang rasa kekok bila ada haiwan menegur he…23x (sebenarnya kekok bila ada lelaki yang tegur, awkward sangat kot).

“Ye la, ini Bro Framestone kan. Saya follow abang dekat zoo.. eh Facebook” beliau tetap nak confirmkan yang beliau mengenai haiwan seperti Bro.

Malas nak bertekak lelama, so Bro ngaku je la. Sebab waktu itu teater yang bakal Bro saksikan dah nak start. Tiket xamik lagi.

Sebab punya sembang, mereka ini student UTP datang sini mempromosikan teater mereka pada bulan 5. Sanggup turun KL dari Tronoh tue.

Paling tak boleh blah lagi, bila….. (korang layan gambar dekat bawah ini dulu – Bro amik dari FB dorang)

Tronoh Theatre Shop - Teater Mahkamah Lorong & Teater Cinta Sang Arnab
Nak promote show teater,
Kereta rosak… Hahaha.
?#?Hambar?…

Tronoh Theatre Shop - Teater Mahkamah Lorong & Teater Cinta Sang Arnab
Cow Detected nearby highway.. mohon sembelih.. buat akikah..

Tronoh Theatre Shop - Teater Mahkamah Lorong & Teater Cinta Sang Arnab

Nampak tak perangai dorang ini macam mana. Rasa macam jumpa geng sejiwa la pulak.

Ok berbalik pada teater yang mereka promote dan Bro rasa berbaloi untuk Bro promote di blog Bro ini selain Promote muka-muka dorang ini.

Teater Mahkamah Lorong dan Cinta Sang Arnab

Tronoh Theatre Shop dengan ini mempersembahkan Mahkamah Lorong dan Cinta Sang Arnab di Taman Budaya Kuala Lumpur pada 14-16 Mei 2015. Anda semua dijemput hadir!

Tarikh : 14-16 Mei 2015
Masa : 8.45 malam
Tempat : Taman Budaya Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee

Tiket : Dewasa – RM15 ; Kanak-kanak – RM 10

Mahkamah Lorong:

Siapa yang terbunuh? Siapa dalang di sebalik pembunuhan itu? Mahkamah akan bersidang. Yang bersalah akan dijatuhkan hukuman.

Cinta Sang Arnab:
Eh, arnab pun pandai bercinta ke? Si Arnab jatuh cinta pada siapa? Adakah cintanya berbalas? Cinta. Manusia (eh, arnab) sanggup buat apa sahaja demi cinta.

Kalau berminat, anda boleh hubungi +60197727812 (Akif) untuk maklumt lanjut. Ini blog mereka – http://tronohtheatershop.blogspot.com/

Bro Framestone Buat Part Time

Tronoh Theatre Shop - Teater Mahkamah Lorong & Teater Cinta Sang Arnab
Bicara Bro : Kadangkala, hidup kena buat kerja gila-gila baru hidup ini terasa lebih bermakna he…23x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Budak Tronoh Theatre Shop Turun KL Promote Teater

  1. Wowwww..Nice costume tu..Sian budak2 nie tersadai kereta rosak kat tepi highway..kalau orang yang lalu mesti pandang berkali2…Confused berkali2…Costume Lembu ala2 versi New Zealand..

Leave a Comment