You are here
Home > Travel Blog > Melawat Tugu Negara Bersama 1600 PandasMY

Melawat Tugu Negara Bersama 1600 PandasMY

Tugu Negara - 1600 Pandas Malaysia
Ini merupakan kali pertama Baby Fisha menjejak kaki di Tugu Negara. Begitu juga dengan Daddy dan Ummi dia.

Selama ini, tidak pernah tahu dimana kedudukan sebenar Tugu Negara sedangkan boleh dikatakan kerap kali menggunakan laluan berdekatan dengan tempat ini sekiranya hendak ke ibu kota Kuala Lumpur.

Mungkin kedudukannya tersorok atau faktor kurangnya aktiviti disekitar kawasan ini menyebabkan ada sesetengah pihak hanya tahu kewujudannya tetapi tidak pernah datang melihatnya sendiri.

Tugu Negara - 1600 Pandas Malaysia

Kalau bukan sebab Jelajah Dunia 1600 PandasMY menjadikan Tugu Negara sebagai lokasi jelajah mereka. Pasti Bro sendiri tidak sampai ke sini.

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Sumber : Wikipedia.

Tugu Negara - 1600 Pandas Malaysia

Baru-baru ini, Bro berkesempatan melawat sendiri Tugu Negara bersama keluarga buat dan ianya merupakan pertama kali kami datang ke sini.

Rasanya masa lawatan sekolah dulu, Bro tak pernah singah sini ataupun Bro terlepas dari mengikuti lawatan sekolah he…23x.

Tugu Negara - 1600 Pandas Malaysia

Tugu Negara merupakan lokasi terakhir Jelajah 1600 Pandas di Malaysia.

Selepas ini, anda boleh datang ke Pameran Jelajah Dunia 1600 Pandas di Malaysia yang berlangsung di Publika dari 13 hingga 25 Januari 2015 dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

1600 panda ini boleh didapati dan dimiliki oleh orang ramai dengan cara “adoption” secara online dengan harga RM150 setiap unit.

Bagi mereka yang berminat, “adoption” akan dibuka kepada umum bermula 12 Januari 2015, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman Facebook Rasmi 1600 Pandas MY.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Melawat Tugu Negara Bersama 1600 PandasMY

    1. Jeng jeng jeng…. iye la… Macam mane boleh terlepas ek…

      Tapi jelajah mereka ini selalu dibuat pada hari berkerja sahaja. Hujung minggu tiada, itu pasal ramai yang terlepas nak lihat 1600 Pandas ini.

  1. Hari tu ada juga anak-anak ajak saya dan isteri pergi tengok 1600 panda ni.. tapi masa tak ada.. kami dah ada perancangan ke tempat lain masa tu… So, tak jadilah nak jumpa panda-panda yang comel ni…

  2. Tugu Negara dekat jer dgn ofic… jalan kaki pun smpai tp smpai skrg tak pernah jejak kat sini… slalu lunch kat cafe situ mengadap tugu jer… hehehe… ade kat publika pulak ehh penda ni… nak g ushar laa…

  3. Hehee… panda comel dah sampai tugu negara. Lama tak ke tugu negara ni. Kali terakhir waktu sekolah je dulu walaupun boleh dikatakan selalu sgt lalu lalang berhampiran situ hehee.. 😀

Leave a Reply

Top