Subsidi Minyak Malaysia
Isu subsidi minyak makin panas diperkatakan.

Walaupun kerajaan menyatakan bahawa hanya 20 sen subsidi minyak diturunkan, tetapi rakyat malaysia tidak la terlalu bodoh atau bangang untuk men”translate”kan maksud yang diperkatakan oleh kerajaan.

Jelas-jelas pada meter jual. Harga minyak naik 20 sen kepada RM2.30 seliter.

Kali ini, subsidi minyak hanya diberikan pada golongan tertentu sahaja. Keutamaan adalah untuk membantu kumpulan sasar yang memerlukannya

Dimana golongan berpendapat­an tinggi iaitu melebihi RM10,000 sebulan tidak akan menerima subsidi petrol dan perlu membayarnya mengikut harga pasaran.

Tapi selalunya,

“Yang berpendapatan RM10,000 sebulan, kereta mereka mana nak telan sangat minyak RON95”

Koman-koman pun RON97.

Nilai pemberian subsidi petrol akan diumumkan kerajaan adalah berdasarkan kumpulan pendapatan yang akan ditentukan nanti. Kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadz­lah.

Terdapat tiga tahap pendapatan golongan sasaran : –

  • Pendapatan RM5,000 ke bawah – terima subsidi petrol sepenuhnya.
  • Pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 – terima subsidi pada kadar lebih rendah
  • Pendapatan RM10,000 ke atas yang akan membayar petrol mengikut harga pasaran.

Kerajaan akan memperincikan konsep keperluan subsidi kepada tiga golongan iaitu individu atau isi rumah memerlukan sokongan subsidi sepenuhnya, hanya menerima subsidi pada kadar rendah atau membayar mengikut harga pasaran biasa.

Semasa pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum, agar pemberiannya lebih tersasar kepada golongan yang memerlukan.

Mengikut laporan sebelum ini, rasionalisasi subsidi diesel dan petrol untuk menjaga kepentingan golongan disasar mungkin akan dilaksanakan pada Januari tahun depan bagi diesel dan Jun bagi petrol RON95.

Mekanisme pelaksanaan rasionalisasi subsidi itu akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang masih menunggu cadangan daripada syarikat-syarikat tempatan.

“Subsidi petrol ini adalah berdasarkan pendapatan individu”

Jimat penggunaan Minyak

Baguslah jika subsidi petrol ini berdasarkan pendapatan individu.

Tapi masalah lain akan timbul, dimana ramai yang akan menipu untuk mengistiharkan pendapatan sendiri terutama yang berkerja sendiri.

Belum lagi kes, meminta orang lain untuk isikan minyak untuk mereka.

Belum lagi gejala lain yang bakal timbul nanti.

Untuk mencegahkan benda ini terjadi, kerajaan akan keluarkan lebih bajet untuk memantau dan mengawasi supaya perkara seperti ini tidak terjadi. Tetap juga duit rakyat digunakan.

Dan sebab ini, gua lebih rela buat kerja dari rumah je, dari pergi ke ofis atau berjumpa dengan orang dekat luar. Setiap setitis minyak bergitu berharga.

Peruntukan subsidi telah me­ningkat 14 kali ganda daripada RM1.65 bilion pada 2002 kepada RM23.5 bilion pada 2013. Hal itu disebabkan peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta pada 2008 kepada 23.7 juta buah pada 2013.