April 19, 2024

Punca Kemenangan Jepun Dalam Piala Thomas 2014


Tahniah Bro ucapkan kepada pasukan Jepun yang berjaya menjulang Piala Thomas buat pertama kalinya setelah berhempas pulas menewaskan Malaysia yang ketagih kemenangan sejak tahun 1992.

Pada kejohanan kali ini, Jepun berjaya menewaskan Indonesia dan juara bertahan China untuk bertemu dengan Malaysia di pusingan akhir.

kredit gambar : http://mknaceunlimited.blogspot.com/

Keputusan penuh perlawanan :-

Perseorangan pertama negara, Lee Chong Wei selepas menundukkan Kenichi Tago 21-12, 21-16.

Pasangan beregu pertama negara, Tan Boon Heong/Hoon Thien How tewas di tangan Endo dan Hayakawa, 21-12, 17-21, 19-21.

Perseorangan kedua, Chong Wei Feng tewas dalam perlawanan `straight-set’ di tangan Kento Momota 15-21, 17-21.

Pasangan Goh V Shem/Tan Wee Kiong berjaya menumpaskan beregu Jepun, Kamura/Sonoda 19-21, 21-17, 21-12.

Perseorangan ketiga, Daren Liew tewas di tangan Takuma Ueda 12-21, 21-18, 21-17.

Pasti tekanan hebat dihadapi oleh Daren apabila ia merupakan kekalahan ketiga Daren pada kejohanan kali ini apabila tewas kepada pemain India, R.M.V Gurusaidutt dan Lukas Schmidt dari Jerman di peringkat kumpulan.

Ketika bertemu Denmark dan Indonesia di peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelum ini, Daren tidak sempat beraksi apabila Malaysia menang 3-1 dan 3-0 sebelum melangkah ke pentas final.


Dulu Bro ada banyak simpan setem macam ini.

Harap kita masih ada peluang untuk menang dimasa hadapan. Pelapis negara bertaraf dunia perlu banyak dilahirkan.

Punca Kemenangan Jepun

** Kamera yang digunakan sepanjang pertandingan untuk memastikan bulu tangkis (shuttle cock) jatuh atas garisan atau tidak merupakan kamera buatan Jepun.

Sekian, terima la kenyataan he…23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Punca Kemenangan Jepun Dalam Piala Thomas 2014

  1. Puncanya Liew Daren banyak kasi point mudah kepada Ueda pada game pertama. Banyak kesilapan yang tak sepatutnya terjadi. Kesian Chong Wei tak dapat merasa Thomas Cup sebelum bersara…

    1. Piala Thomas merupakan kejuaraan berpasukan… Rasanya Jepun banyak buat study pasal pesaing mereka.

      Itu pasal boleh kalahkan Indonesia, China dan Malaysia…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *