Dataran Bandaraya Johor BahruAlhamdulillah

Dapat juga meluangkan masa berjumpa dengan beberapa orang rakan blogger di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Walaupun plan last minit, ramai juga yang sudi bagi komitment untuk bertemu dengan Bro.

Ayat bajet retis kan. Sedangkan, mungkin ini sahaja peluang untuk berjumpa dengan mereka.

Bukan senang nak tengok Bro turun Johor Bahru he…23x

Jika ikutkan, Bro sendiri tak tahu nak jumpa mereka dimana. Tak mampu nak ajak lepak memahal (tengah sengkek berbulan-bulan nie). Sehinggakan mereka cadangkan perkena steamboat dekat Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Tak jauh pun lokasinya dengan tempat Bro bermalam.

Rakan Blogger Johor Bahru

Rakan Blogger Johor Bahru

Antara muka-muka blogger yang menetap di Johor Bahru.

Jangan ketepikan mereka. Mana tahu selama ini, mereka lebih banyak mempromosikan Johor Bahru berbanding blogger dari luar jeng jeng jeng

Jika ikutkan, ada ramai je blogger yang tinggal di Johor Bahru.

Malangnya, Bro tak dapat nak roger semua untuk berjumpa. Bro hanya promote dekat facebook sahaja, bagi sesiapa yang punyai kelapangan, boleh la berjumpa dengan Bro.

Ada juga rakan blogger yang jumpa Bro malam tadi, tetapi tak berani nak tegur, segan katanya.

Adeh….!!!

Tegur je la…

Dataran Bandaraya Johor Bahru
Maaf gambar tak banyak,

Sebab kamera handphone kita tak canggih he…23x

Tau-tau je, gambar lepas habis makan je yang cantik. Harap ada rakan-rakan yang sudi sponsor gambar malam tadi ek.

***updated***

Gambar yang disponsor oleh blogger – mialiana.com
Rakan Blogger Johor Bahru

Rakan Blogger Johor Bahru

Rakan Blogger Johor Bahru

Rakan Blogger Johor Bahru

Banyak juga benda yang dibualkan, dari pukul 8 malam hingga pukul 11 malam tue (tak sedar masa berlalu).

Dok pok pek pok pek sahaja.

Antara blogger-blogger Johor Bahru yang sudi datang malam tadi ialah Mama Niza, Kisah Si Diary, Mar Mansor & Mialiana

Dataran Bandaraya Johor Bahru
Sebelum balik,

Sempat lagi Baby Fisha layan benda ini. Tak pasti Baby Fisha yang nak main benda ini atau ummi dia.

Ok la, RM5 sekali naik. Tapi sampai bila Bro tak tahu…. Sampai habis bateri kot, sebab last2 fisha dah merengek nak balik. Mengantuk sangat la tue.

Ada masa nak datang sini lagi perkena steamboat, sedap dan lebih santai jika nak lepak lelama dengan rakan-rakan.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter