17,160,359 total views, 925 views today

AirAsia ke Hyderabad, India Serendah RM129*

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

AirAsia - Hyderabad
AirAsia mengumumkan pembukaan semula laluan Kuala Lumpur ke Hyderabad, India.

Laluan tersebut akan disediakan dengan penerbangan harian, satu lagi tambahan kepada rangkaian laluan meluas syarikat penerbangan itu dan merapatkan lagi jurang di antara Malaysia dan negara-negara serantau.

Bersempena dengan pelancaran semua laluan ini, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua dari serendah RM129* sehala.

Tempoh tempahan ialah dari 30 September – 5 Oktober 2014, bagi tempoh perjalanan dari 8 Disember 2014 – 24 Oktober 2015.

Tempahan bagi promosi ini boleh dibuat di www.airasia.com dan juga melalui aplikasi mudah alih AirAsia pada iPhone dan peranti Android, dan juga laman mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com.

Lokasi Menarik di Hyderabad, India

Hyderabad, yang juga dikenali sebagai Bandar Mutiara, menyediakan pelbagai tumpuan pelancongan buat para pengunjung seperti Laad Baazar, di mana pelbagai barang jualan menarik seperti persalinan pengantin, barang kemas berasaskan mutiara dan gelang kaca dan batu yang bermutu tinggi.

Pengunjung juga boleh melawati Taman Negara KBR, taman hutan hujan tropika yang luas dan tempat tinggal kepada pelbagai spesis burung, reptilian dan rama-rama. Tasik yang indah dan taman rusa boleh didapati di Shamirpet, tempat yang amat sesuai untuk berkelah bersama keluarga sambil menikmati persekitaran yang tenang.

Bandar tersebut juga terkenal dengan sejarah yang menerapkan kebudayaan Arab, Turki dan Mughal dan boleh dilihat pada hidangan-hidangan yang disediakan, seperti Hyderabadi Biryani yang lazat.

Para pelawat ke Hyderabad juga harus singgah ke Charminar, juga dikenali sebagai ‘Masjid empat menara’. Dibina pada tahun 1591, ia juga merupakan monument sejarah yang utama di bandar tersebut selain tarikan bersejarah yang lain seperti Kubu Golconda, Makam Qutb Shahi dan pelbagai lagi.

Di India, anda boleh terbang dari Bengaluru ke destinasi domestik seperti seperti Chandigarh, Chennai, Goa, Jaipur dan Kochi bersama AirAsia India (kod penerbangan: I5).

Ikuti perkembangan dan promosi terbaru AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

English Version

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 thoughts on “AirAsia ke Hyderabad, India Serendah RM129*

  1. Antara laluan yang menerima pengunjung dari sana.

    1. Macam menarik juga kita ke sana kan

  2. aku ada gak dapat email dari airasia paasl benda nih..

    1. Rasanya ramai kot yang dapat email ini

  3. cuti sekolah hujung tahun ni mesti cepat habis kot, tinggal 2bulan je lagi.

    1. Biasa la cuti sekolah, ke nak minta kerajaan postpone cuti sekolah he..23x

  4. murah ni…rasanya nak grab.tapi baik grab yg sebelum tamat 5hb ni untuk dalam negeri dulu la

  5. haishhhh memang teringin sangat nak ke india hehe

  6. Nampak menarik tempat tu..tapi belum ada bajet lagi nak pergi melancong..

  7. Buat masa ni tak teringin lagi nak ke India. haha. kejam betul statement.

  8. hmm, menarik tu tapi buat masa ni niat nak travel jauh tu belum terfikir lagi…hee

  9. Bro tak tempah tiket ke Hyderabad ni sekali? Hehe..

  10. ili zahraa

    Salam tuan….mohon pandangan dn response……if ke sana…bagaimana nk dptkan guard tourist d sana….? If travel sndri….OK x..? Per I dgn husband….n nk Thu jarak dr satu tmpat ke satu tmpat…..n transport bagaimana….? 🙂

Leave a Comment