March 29, 2024

Gathering Ex-Blogger

Gathering Ex-Blogger
Aktiviti hujung minggu – Gathering dengan Ex-Blogger. Kiranya blogger bersara (itu kata mereka)

Baru-baru ini, Bro dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan blogger yang telah bersara dari arena blog. Kebanyakan mereka dulu amat aktif pada tahun 2010-2011 zaman kebangkitan Group Sahabat Blogger.

Kenapa mereka menyepi? Ke mana mereka menghilang?

Rupa-rupanya kebanyakan mereka sudah habis belajar dan ada yang sudah berkerja. (Sila abaikan budak yang masih belajar dan tak sudi ajak akak datang sama).

Gathering Ex-Blogger
Ada juga yang sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

Ada juga yang bakal menamatkan zaman bujang mereka.

Erm alahai adik-adik ku sekalian… Kadangkala dok fikir, macam mana gua boleh masuk dengan korang yang memuda ini. Maybe sebab isteri gua masih muda kot he..23x

Gathering Ex-Blogger
Paling tak boleh blah.

Ada juga yang makin jadi retis sekarang nie.

Susah nak ambil gambar berdua. Untung la masuk rancangan Primadona. Dengar cerita nak tamatkan zaman bujang juga nie.

Gathering Ex-Blogger
Ada tak blogger yang korang kenal?

Masing-masing dah terserlah kematangan memasing.

RumahBro Sahabat Blogger 2011
Ini pula gambar sewaktu mereka bercamping dekat rumah bro 3 hari 2 malam sewaktu tahun 2011.

Ada tak nampak perubahan? Ke dulu kini sama je… Bro je nampak berbeza he…23x

Bro datang agak lewat juga.

So tak dapat nak join mereka lunch dan karaoke.

Gathering Ex-Blogger

Aktiviti yang sempat Bro bersama mereka adalah bermain lasertag.

Bajet nak main 2 game. Bro cakap, “rugi main 2 game, baik main 3 game. Dapat harga murah jika ada student card”

Dan-dan sorang-sorang keluarkan student card memasing. Oh tak pe, korang muka memang masih nampak macam student lagi. Bro? Nampak macam bapak orang dah. Tak boleh nak adjust.

Macam biasa, star macam gua tak main. Bagi can dekat puan isteri, gua jaga anak.

Sian gua tengok dorang semua kena lauk dengan budak-budak. Habis main je, meleleh peluh jantang sorang-sorang. Baru korang tahu bertapa nikmatnya main lasertag ini. Lagi-lagi main dengan budak-budak.

Ada rezeki, next time kita jumpa lagi.

Tapi jangan ajak pergi Bangi… Itu aja…

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Gathering Ex-Blogger

  1. Alahai… Kesian dekat Bro tak dapat main Lasertag, sebab terpaksa jaga anak… Xper bro, sifu memang macam tu… Tak nak tunjuk kehandalan depan anak didik…

    1. Bukan xnak tunjuk kehandalan.. tapi sian tengok dorang kena lauk dengan budak-budak kecik…

      dah la mak budak kecik tue boleh tahan gak la… kot2 ada yang nak jadi anak ikan dia kot

  2. Ex-Blogger ni dah kira group tersendiri ini. Memang ramai ex-blogger sebab tetiba hilang mood nak menulis tapi sayang sebab blog adalah salah satu ruang perkongsian ilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *